Wednesday 11 July 2012

Ujian Pertama...Pengajaran Untukku

satu ketika dahulu....sekadar berkongsi sebagai pengajaran dan iktibar hati...

Aku melangkah dengan penuh bersemangat...memenuhi cita-cita hati yang masih belum tercapai... mengubah persepsi minda ke satu lapangan yang lebih luas...menancapkan penglihatan terhadap sesuatu dengan lebih peka..menyusun gerak tubuh menggalas satu tanggungjawab baru yang pastinya lebih mencabar...5 tahun setengah bukanlah satu jangka masa yang sekejap, tetapi pelbagai rintangan dan halangan pastinya sudah menanti untuk menguji sejauh mana kekuatan minda dan hati...hari demi hari...bulan demi bulan...tahun demi tahun...semuanya semakin hampir di pertengahan...apa yang aku harap-harapkan seolah-olah mahu terputus di tengah jalan...

penjaga hatiku yang setia.......

memang benar kata pujangga, air laut itu takkan selalunya tenang, unggas itu takkan selalunya riang berkicauan, pelangi itu tidak akan selalu kelihatan...dan apa yang muncul bagikan satu igauan ngeri dan dalam hati ini sentiasa berharap yang semua mimpi-mimpi ini akan berakhir...

satu pagi subuh yang hening aku bangun kerana merasakan ada sesuatu yang tidak kena pada pinggang kiriku....rasa tidak selesa, sakit dan tekanan yang amat sangat...aku semakin tidak untuk mampu menahannya sama sekali...teman sebilikku bangun menyapukan minyak panas tetapi segala pelbagai usaha yang dilakukan hanya sia-sia...kesakitan semakin memuncak sehingga aku sedikit meraung dan berguling  menahan rasa itu...aku berulang alik ke hospital di terengganu namun masih belum ada penamat dan jawapan tentang kesakitan ini...

hanya air mata mejadi peneman setia
keadaan telah memaksa keluargaku datang dari johor untuk mengambilku pulang untuk meneruskan usaha rawatan yang masih belum selesai...kebimbangan terpancar di raut wajah mak dan ayah yang sanggup berkorban untuk datang dari jauh...sepanjang perjalanan aku hanya mampu terdiam, beristigfar dan menangis mengenangkan apakah sebenanrya yang telah berlaku pada diriku...dugaan apakah yang telah Allah berikan padaku ini...di johor aku terus dimasukkan ke hospital...5 hari di sana doktor masih belum dapat mengesan apakah punca segalanya...pengesanan awal doktor hanya menyatakan ada masalah pada buah pinggangku...ubat tahan sakit dan jarum suntikan silih berganti masuk ke dalam tubuhku supaya aku dapat tidur untuk menenangkan diri...tapi sampai bila...

sehinggalah pada kali kedua aku dimasukkan semula ke hospital, barulah doktor dapat mengesan punca kesakitanku setelah melalui pelbagai ujian termasuk ivu, scan dan banyak lagi...ada batu karang yang telah menghalang fungsi buah pinggang kiriku yang semakin membengkak kerana tidak dapat memproses bahan kumuh yang hendak dikeluarkan...patutlah kesakitan yang amat sangat...mujurlah masih belum terlambat...pembedahan endoscop dilakukan dan segala benda yang menghalang itu dapat dikeluarkan...walau bagaimanapun aku masih perlu berjaga-jaga kerana perkara ini boleh berulang...
agak lama aku bercuti dari pengajian...tapi kuteruskan jua walaupun  tiub masih di dalam buah pinggangku untuk rawatan....dan syukur buah pinggangku dalam keadaan baik-baik sahaja...

masuk semula pengajian, banyak perkara yang tidak dapat aku lakukan seperti dahulu...segalanya jadi terhad dan aku sendiri merasa kekok dengan semuanya...aku rasa sangat serba kekurangan...mungkin sekali lagi Allah mahu menguji bagaimana aku bersyukur dengan keadaan sebegini...walaupun dalam keadaan terpaksa dan kadang kala berputus asa, aku kuatkan juga semangat dan bina semula keyakinan diri untuk mencari semula identiti diriku yang dulu....

Hamba bermohon hanya padaMu Ya Allah daripada segala kesulitan...
Memang selamanya kita tidak akan berada di atas...kita akan terpaksa melepaskan apa yang kita miliki dan berserah padaNya kerana  Dia telah merancanakan sesuatu yang lebih baik untuk kita...teruskanlah berjuang biarpun dalam keadaan putus asa...

Alhamdulillah...aku tahu Allah sentiasa bersamaku...



No comments:

Post a Comment