Wednesday 4 July 2012

Merintis Dedenai Pulang

Semanis Nikmat Dugaan Allah

Kehidupan manusia boleh diandaikan dengan pelbagai jenis falsafah yang mempunyai isi tersirat yang tersendiri...dan kebanyakkannya betul-betul menyatakan kebenaran dalam kehidupan seseorang...apa yang pasti manusia itu tidak akan selalu berada pada landasan yang mendatar kerana lencongan pasti akan berlaku dalam apa jua keadaan sekalipun...kehidupan ini bagaikan roda yang tidak henti-henti berpusing...kadang kita di bawah dan kadang kita di atas...hidup ini juga ibarat pantai...tidak akan selalu tenang kerana ombak pasti akan mengehempas...terlalu banyak andaian,tapi memang inilah hakikatnya...
Tiada siapa yang akan menyangka, tiada siapa yang akan menduga...hidup kita yang selama ini bahagia, gembira, ceria, penuh gelak ketawa mampu menjadi satu cerita sedih yang tidak akan kita dapat lupakan...dugaan Allah datang tidak mengira siapa...dan pastinya semua dugaan itu adalah untuk orang yang dikehendakiNya dan mampu untuk menghadapinya...tapi terkadang kita manusia sering sahaja menyalahkan atas qadak dan qdarNya tanpa memikirkan ganjaran berganda yang bakal kita terima...begitulah diriku pada awalnya...tapi aku bersyukur kerana Allah telah menyedarkanku betapa besar rahmatNya terhadap hamba-hambanNya yang diturunkan ujian...

Berada dalam keadaan lingkungan emosi dan keadaan diri yang terbawah memang amat menyakitkan...tiada siapa pun menginginkan dirinya berubah dalam sekelip mata hanya kerana dugaan yang diterima...dari seorang yang sangat aktif, seorang yang ceria menjadi seorang yang sangat murung, tertekan, penuh kesedihan dan terpaksa berpura-pura disebalik semua kesulitan... sekuat manapun iman kita, akhirnya kita akan kalah juga jika tidak terus beristigfar mengingatiNya...

Melalui saat-saat kesulitan bersama-sama orang-orang tersayang untuk mendapatkan semula semangat, membina semula keyakinan diri, mengumpulkan kembali kudrat yang masih berbaki, menggapai semula impian yang pelum sempat dipenuhi...budi dan tinta kasih yang tidak terbalas buat ayah, ibu, keluarga dan sahabat...susah senang sentiasa di sisi...memacukan hati untuk teruskan perjuangan dalam hidup kerana masih kurang bekalan di hati dan banyak lagi perkara yang belum dipenuhi sebelum bertemu ILAHI...kuat dan teruskan kekuatan...

Allah itu maha pemurah lagi maha penyayang...Dia tahu siapa yang Dia pilih dan kenapa hamba itu menjadi pilihanNYA...dugaan datang berulang kali...rugilah diriku jika masih tidak sedar akan nikmat kurniaan yang besar ini...mungkinkahku terlalu leka dengan kesenangan dunia, mungkinkahku lalai dalam beribadah kepadaNya, mungkinkahku alpa dalam membentuk diri menjadi hamba yang sejati...mungkin diriku lupa segalanya...hanya DIA yang tahu apa yang direncanakanNya...

Cuba untuk berubah walaupun sedikit, menjadikan diri lebih baik dari dahulu, lebih khusyuk dalam beribadah, lebih tawaduk dalam berzikir, lebih ikhlas beramal jariah, lebih redha dengan segalanya dan lebih bersyukur walaupun dalam keadaan yang paling susah dan pastinya tiada kesempurnaan bagi seorang manusia itu di dunia ini...mencari ketenangan abadi bersama hati yang lebih suci untuk mendambakan kasih Ilahi....

Moga masih diberikan kesempatan untuk membentuk peribadi muslim sejati, berbakti kepada ibu bapa, beramal kepada mereka yang memerlukan, mencurahkan ilmu untuk anak bangsa, membina keluarga yang mawaddah warahmah yang bahagia hingga ke SyurgaNya, dikurniakan anak-anak yang      soleh dan solehah sebagai penenang jiwa dan bekalan doa mereka andai diriku sudah tiada nanti.... 


....ASTAGFIRULLAHALAZIM...ALLAHUAKBAR.............


Bimbinglah aku ke jalanMU...
Terima kasih Ya Allah atas kesempatan ini ....syukur,syukur,syukur....

No comments:

Post a Comment