Tuesday 25 December 2012

Jodoh Itu Rahsia Allah Untuk Kita



Assalamualaikum dan salam sejahtera…
JODOH….JODOH….JODOH….satu persoalan yang sering aku dan orang lain fikirkan terutamanya bila usia sudah meningkat dewasa…tetapi bagiku, bukan senang untuk membicarakan soal jodoh kerana ia milik Allah. Bagaimanapun, kita sebagai manusia boleh merancang dan berusaha, selebihnya hati kita harus kuat menyerahkan
soal jodoh kepada Allah.

Kisah cinta manusia di bumi yang nyata bukan macam kisah cinta dalam novel atau cerita yang boleh direka dan dirancang pengakhirannya. Tidak semestinya sesuatu perkahwinan itu membahagiakan. Mereka ada jodoh, tetapi mereka masih tiada cinta. Jadi apa yang penting sebenarnya adalah cinta dan jodoh. Ia harus datang bersama. Jika sesebuah cinta itu tidak ada dalam hati seseorang, sampai bila-bila lah dia tidak akan ada. Memang kita tak tahu apa akan jadi pada masa akan datang, tapi Allah sebenarnya sudahmenunjukkan kepada kita secara halus siapa jodoh kita sebenarnya.


Orang yang kita cari sebenarnya pernah berada dekat dengan kita
Percaya ataupun tidak, sebenarnya jodoh yang kita cari pernah ataupun memang berada berdekatan dengan kita. Kita mungkin tidak nampak sekarang, tapi siapa tahu satu hari nanti kita  akan bertemu dengan seseorang yang sangat dekat dengan kita. Bahkan kita akan jatuh cinta dengan seseorang yang kita pernah kenal suatu masa dahulu. Tak sangka kan? Kuasa Allah ini besar. Kita cari jodoh jauh jauh, rupanya dia berada dekat dengan kita. Siapa tahu,  jodoh kita adalah seseorang yang telah lama cintakan kita dalam diam. Ataupun jodoh itu adalah daripada kenalan korang di suatu masa dahulu. Jadi jangan menekan sangat soal jodoh. Mungkin kita sudah bersedia untuk menikah tetapi masih belum bertemu jodoh. Usah risau, pedulikan apa orang kata, yang penting jodoh untuk kita  akan tetap juga sampai nanti.

Bagiku,  Allah telah mengurniakan sesuatu yang sangat baik untuk kita dalam soal jodoh ni. Jika dulu kita pernah bercinta, berjanji dengan sejuta kemanisan, mengangankan suatu perkahwinan yang indah tetapi kita kecewa hanya disebabkan sesuatu yang tidak masuk akal atau sebagainya sehingga pintu hati tertutup, tapi sekarang Allah beri seseorang yang lebih daripada yang dulu untuk menemani hidup kita. Usah khuatir soal jodoh itu, kerana bila seseorang itu sudah ditakdirkan menjadi jodoh dan pasangan kita, ia tetap akan jadi milik kita. Datanglah beribu halangan sekalipun, takkan ada yang boleh mengubah kuasa Allah.

Berpisahlah macam mana pun, jika jodoh itu milik kita ia pasti milik kita!
       Pernah juga terjadi, pasangan kekasih yang telah berpisah suatu masa dahulu berjumpa balik dan berkahwin! Itu juga namanya jodoh. Berpisahlah macam mana pun, jika Allah tetapkan jodoh itu milik kita, maka ia milik kita juga. Mungkin Allah mahu kita berpisah untuk memperbaiki diri masing masing dan menguji rasa cinta antara kita. Hakikat ayat ini, “kalau jodoh, ia tetap jodoh” sentiasa menguatkan hati manusia tentang persoalan jodoh. Memang sangat menyakitkan jika jodoh kita bukan bersama seseorang yang kita cintai. Tapi bersangka baiklah kepada Allah.

Dia akan mengurniakan seseorang yang baik untuk kita. Dia yang mencipta segala jenis perasaan yang ada di muka bumi ini. Dia yang memberikan kebahagiaan kepada semua hamba hambaNya. Mintalah kepada Nya sedikit kebahagiaan, InsyaAllah jika kita ikhlas dan redha menerima segala ketentuan Allah, kita akan tenang dan hidup bahagia. Istikharah dengan cara yang betul. Jika kita dah cukup berusaha, dan takdir menentukan sesuatu yang berbeza untuk kita, terimalah dengan sabar dan ikhlas. Memang sukar tetapi kan Allah itu Maha Mengetahui. Sakit yang kita rasa sekarang adalah bayaran untuk kebahagiaan untuk kita di masa akan datang nanti InsyaAllah.

Jangan serahkan pada takdir semata-mata
Soal jodoh memanglah milik Allah, tapi kita tidak boleh duduk diam tanpa berbuat apa apa dan tunggu bulan jatuh ke riba. Allah benci orang yang suka berputus asa dan tidak mahu berusaha. Ada yang kata jodoh tak perlu dicari, tetapi ia datang sendiri. Benar, tapi tetap juga kita perlu berusaha. Jangan kurung diri kita daripada cinta kerana beranggapan jodoh korang sudah ditentukan. Hiduplah dengan normal dan bersosiallah seperti orang lain. Asalkan kita tahu jaga batas, itu sudah mencukupi. Berusahalah selagi berdaya sehingga kita menemukan seseorang yang tepat untuk kita. Bukan hanya kepada lelaki sahaja bahkan tidak menjadi satu kesalahan jika seorang wanita itu yang memulakan langkah pertama.

Kadangkala Allah telah mencetuskan seketika satu perasaan di dalam hati  kita  sebagai isyarat bahawa seseorang itu jodoh kita, tetapi kita hanya menidakkannya kerana masih keliru dengan perasaan yang hanya datang cuma sekejap sahaja .
Sehinggalah kita bertemu kembali dengan insan itu dan berkahwin dengannya. Tatkala itu barulah kita sedar betapa Allah itu maha berkuasa dalam membantu hambaNya merasakan jodoh yang terbaik untuknya.

Jodoh itu milik Allah
tapi ia dicipta khas untuk manusia agar kita dapat menikmati nikmat bahagia hidup di dunia ini bertemankan seseorang yang sangat kita sayangi. Ada orang yang dapat jodoh dengan orang yang dicintai, ada yang tidak. Semua itu kuasa Allah, kita tidak layak mempersoalkannya. Tetapi kita boleh belajar daripada pengalaman yang kita dapat. Mungkin sebelum ini kita pernah mengecewakan dan dikecewakan.

Dan apabila kita sudah merasakan kita telah menemui  jodoh yang tepat, cintailah dah kasihilah dia dengan sepenuh hati hanya kerana Allah dan jangan sesekali mengecewakannya. Walau apa berlaku sekalipun, belajarlah cara untuk mempertahankan rumah tangga yang telah atau akan dibina. Allah telah mengurniakan satu jodoh untuk kita. Orang lain yang terlalu berharap masih tidak dapat, tapi kita dah dapat. Kenapa mesti disia siakan? Baik lelaki mahupun perempuan. Jaga hubungan elok elok. Hargai apa yang ada sekarang. Percayalah, Allah tidak kejam. Dia Maha Menyayangi. Pasti Dia akan mendengar setiap doa dan rintihan kita sekaligus menghadiahkan jodoh yang terbaik untuk kita semua, InsyaAllah…

“Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, manakala perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik”

Allah S.W.T Berfirman Dalam surah An-nur : 26




Terima Kasih Ya Allah Atas Kurniaan dan AnugerahMU…
Aku bermohon agar Kau sentiasa mengurniakan yang terbaik untukku…

Bantuku Menjadi Yang Terbaik Di SisiMu

MAMPUKAH AKU MENJADI YANG 
TERBAIK DI SISINYA


Manusia semuanya lemah disisiNYasekuat dan segagah manapun, kita tetap terlalu kerdil dibandingkan dengan kehebatanNYAmemang tiada yang akan sempurna aku sering melihat jauh ke dalam dirikulayakkan aku untuk terus hidup di bumiNya ini, layakkah aku terus bernafas dengan kesegaran udaraNyasedangkan aku ini masih belum tentu sempurna dalam menjalankan segala perintahNya…saban hari pasti ada waktu ketikanya aku lalai dan alpa dalam mengejar kesempurnaan hidup di dunia hinggakan aku terlupa mengumpulkan seberapa banyak bekalan untuk saham akhirat kelak…dan sebab itulah kadangkala aku sering muhasabah diri untuk terus berhijrah ke satu fasa kehidupan baru yang lebih baik daripada sebelum ini…

Kehidupan manusia di dunia ini hanyalah pentas lakonan semata, skripnya sudah tertera, pengarahNya sudah pastilah DIA yang maha Esa…dan kita semua adalah pelakon-pelakonya yang memainkan watak seiring dengan jalan cerita yang sudah termaktub penuh rahsia…tiada siapa tahu dan tiada siapa mampu menduga apakah kesudahan cerita yang terbina…kerana semuanya terletak di tanganNya…. Perjalanan yang dilalui kadangkala putih kadangkala hitam, kadangkala sejuk kadangkala bahang, kadangkala sepi kadangkala bingar, kadangkala manis kadangkala pahit….corak yang berbeza, seni yang berbeza 
dan putaran pun berbeza…


Aku dan diriku…dan aku hanyalah seorang hamba yang terkadang lupa dan tidak khusyuk tatkala mendampingiNya….tetapi semakin aku mengenaliNya, terasa diriku sangat hina dan kerdil dalam meniti perjalanan hidup di dunia milikNya…. Terasa terlalu banyak dosa masa-masa lalu yang kulalakukan sehingga boleh menyebabkan murkaNya….saban hari aku cuba memperbaiki diri ke arah yang mencari redhaNya, namun aku sendiri tidak tahu kenapa masih belum ada ketenangan dan kegembiraan di dalam hati ini…setiap masa fikiranku dibelenggu dengan imaginasi-imaginasi negatif tentang kehidupanku…bayangan yang menakutkan sering menerpa saban kali aku berkhayal seketika….aku sendiri bahkan tidak tahu harus bagaimana lagi… Astagfirullahalazim….hanya itu yang mampu aku lafazkan sambil berdoa memohon kemapunan dariNya…


Detik demi detik aku sentiasa mahu untuk menjadi yang terbaik di sisiNya… aku tahu aku tidak kuat, aku tahu aku tidak mampu, tiada kudrat yang upaya….tapi aku sentiasa memohon padaMu jua Ya Allah untuk  membantuku menjadi lebih kuat pada hati ini dan pada kehidupan ini demi mencari keredhaanMU…Aku tahu aku tidak layak melangkah ke SyurgaMu tetapi aku juga takut utuk masuk ke NerakaMu…aku selalu memikirkan bahawa ajalku semakin hampir walaupun aku tahu itu semua adalah urusanMu…dugaan, kesakitan dan cubaan yang Kau berikan cukup menginsafkan aku bahawa Kau boleh mengambilku bila-bila masa sahaja tetapi jika sekarang, aku masih belum bersedia…

Ya Allah,…adakah aku layak untuk untuk mendambakan CintaMu, adakah aku layak menerima cinta daripada keluargaku, adakah aku layak untuk menerima Kasih daripada pendamping utusanMu, adakah aku layak untuk menjadi seorang isteri dan ibu kepada anak-anakku…dan adakah cukup layak untuk semua ini sedangkan diri ini masih banyak kekurangan dan cacat celanya...


Ampuniku…ampuniku…ampuniku Ya Allah...Aku tahu kau Maha Pengampun, 
Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani…segala kebahagiaan dan rezeki yang ada di tanganMu…Kau berilah aku peluang untuk menikmati semua ini sebelum Kau menjemput diriku menemuiMu…aku sangat memohon padamu…berikan aku kesempatan untuk memohon keampunan dan restu daripada kedua ibu bapaku, berikan aku peluang untuk merasakan cukup kasih sayang daripada abang dan adik-adikku, berilah aku kesempatan menjadi seorang isteri yang solehah kepada suami yang Kau utuskan atas dasar Cinta kami kepadaMu, kau berilah aku juga segala kasih sayang untuk menjadi seorang ibu yang sempat menyusukan anaknya dan mendidiknya menjadi anak-anak yang soleh sebagai penyambung bekalan akhiratku….itu sahaja permintaanku Ya Allah…hanya Kau pemberi segalanya…

Kau tenangkanlah hatiku, fikiranku dan tingkahku untuk sentiasa melakukan ibadat kepadaMu...terus bersujud untuk menyembahMu…terus berzikir mengingatiMu…kerana aku tahu Kau sentiasa di sisiku dan Kau Punya Rahsia 
Tersendiri untuk setiap
 perjalanan hidup diri hambaMU….

Ya Allah....aku sangat mendambakan kasih sayangMu....