Monday 30 July 2012

Mengulit waktu-IftarJam'ie Syahbandar

SALAM RAMADHAN PENUH KEBERKATAN...

Pucuk pauh delima batu,
Dimasak dengan buah berangan,
Sungguhpun jauh beribu batu,
Dekat di hati dibuang jangan....

Tengah-tengah bulan puasa ni, teringat sangat2 masa 
belajar di terengganu.... 
Aku dan housemate VillaQ akan cari masa untuk buka puasa ramai2 
di dataran Syah Bandar..
Beli makanan kat bazar sebelah dan 
makan bentang tikar atas rumput...memang seronok...
Sambil2 tunggu bunyi bedil@meriam yang kuat untuk 
menandakan dah buka puasa....
Bila balik johor ni takde pulak jumpe suasana macam neh...
ermmm tu rindu sgt2...














Sekarang ni masing-masing dah duduk dekat tempat masing2...sabah,sarawak, kelantan, johor dan pahang....jauh sgt2 dah...memang sayu tekenangkan masa2 yang takkan dapat diulangi lagi neh.... moga ada kesempatan satu masa nanti untuk kita sama2 buka puasa mcm ni lagi....

SERIBU KEMAAFAN KUPOHON KEPADA ANDA SEMUA

LOVE MEMORIES WITH-----kak yan shawl, kak ira piaget, yaya ratu facebook, nisah dam huruf, melor seat belt, shasha modul selan osni, myra edora korea dan juga si cute adik sayeeeed!!! 

Wednesday 18 July 2012

Info Sihat : Pelihara Buah Pinggang Anda...

Assalamualaikum....salam kesihatan untuk semua....sedikit pesanan sebagai panduan..


Saban hari, semakin banyak penyakit-penyakit yang amat mudah dihidapi oleh kita sekiranya kurang menjaga amalan kesihatan yang baik...walaubagaimanapun tidak kurang juga yang berpunca daripada faktor genetik dan keturunan yang kuat...tapi, bila sahaja sudah disahkan mengidap atau mengalami simptom-simptom sesuatu penyakit, kita haruslah bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan dan belajar untuk mengubah cara hidup kepada yang lebih seimbang...

Batu karang di dalam buah pinggang...
Di sini, inginku kongsikan sedikit info mengenai penyakit batu karang dalam buah pinggang yang dilihat semakin mencatat peratusan yang tinggi dikalangan penghidapnya...pelbagai faktor menjadi puncanya dan apa yang paling mengejutkan ianya bukan sahaja dihidapi oleh mereka yang sudah berumur bahkan kanak-kanak pun sudah menjadi penghidapnya...pelbagai langkah awal perlu diambil kerana jika dibiarkan lama-kelamaan ia boleh menyebabkan kegagalan fungsi buah pinggang seseorang itu...

Justeru, atas dasar pengalaman dan sedikit ilmu pengetahuan, diharapkan sesiapa sahaja akan mengambil iktibar dan panduan kerana sesungguhnya mencegah itu lebih baik daripada mengubati...bila seseorang itu telah disahkan menghidap penyakit ini, maka dia perlu mengubah segala rutin pemakanan dan amalan harian...sesungguhnya kesakitan yang dialami pesakit memang teramat sangat sehingga boleh menyebabkannya pengsan dan tidak sedarkan diri...tapi apa yang lebih membimbangkan, ianya boleh membawa maut jika tidak diubati dan mendapatkan rawatan dengan segera.....


Tuesday 17 July 2012

Mulanya Di Sini...Ku Kenali Dirimu


Diam tak diam....sudah masuk 7 bulan aku bergelar guru prasekolah...7 bulan yang penuh dengan cabaran hebat demi mendidik anak-anak yang tersayang...semakin hari semakin aku mengenal hati budi mereka...sehari tak jumpa, rasa macam seminggu, kalau seminggu tak jumpa rasa macam sebulan, kalau sebulan tak jumpa apatah lagi...hati bagaikan sudah sebati menjadi satu...naluri ini semakin kuat dan kasih sayang yang tercipta bagaikan si ibu dengan anaknya...aku terlalu sayangkan mereka...


Menjaga 23 orang kesemuanya bersendirian bukanlah satu tugas mudah lebih-lebih belum ada pembantu bersama...kalau hendak difikirkan urusan diri sendiri mereka masih belum mampu untuk lakukan dengan baik...tapi berkat kesabaran, semuanya dapat dididik sedikit demi sedikit walaupun kadangkala diri ini sangat keletihan...mujurlah ramai rakan-rakan guru dan sesiapa sahaja di sekolah itu yang sudi menghulurkan bantuan dan sokongan sepanjang aku di sekolah...sangat terharu...apa yang penting niat dan keikhlasan kita untuk memberikan apa yang sepatutnya menjadi hak anak-anak ini...


Setiap kanak-kanak ni memang lain-lain sifatnya...ada yang panas baran, ada yang kuat mengadu...ada yang suka bergaduh...ada yang suka mendengki kawan....ada pulak yang menjadi mangsa keadaan...tapi tak kurang juga ada yang terlalu pendiam...takut-takut dalam kelas...baik...pandai berdikari...dan suka menolong rakan dan cikgunya....pucuk pangkal aku sebagai guru perlu memahami satu per satu sikap mereka supaya mudah untuk aku membentuknya menjadi lebih baik...


Tawa dan tangisan sudah menjadi permainan hidupku...adakalanya kita perlu untuk menangis bagi mengurangkan segala permasalahan yang tidak dapat kita kongsikan dengan orang lain...tapi bila melihat kerenah dan sikap anak-anakku, semuanya jadi terubat...kadangkala aku tergelak sendirian...memanglah adat kanak-kanak ini selalunya akan membuat kita marah tapi sebenarnya lebih banyak senyuman yang boleh terukir bila kita bersama mereka...tenang dan tenteram...


Bila nak marah kadang-kadang terus tak jadi...aku memang cepat kesian...dan kalau marahpun akan menyesal selepas tu takut anak-anakku bencikanku....haha...tapi yang penting aku marah sebab nak bentuk diri mereka...bukannya suka-suka...aku akan mencuba yang terbaik untuk mereka...inilah janjiku dalam diri ini...selangkah aku ke sekolah, sejuta ilmu inginku berikan kepada anak-anak muridku....


semoga mereka akan menjadi insan yang berguna kepada ibu bapa, agama, bangsa dan negara...
CIKGU IRA SAYANG AWAK SEMUA....

Sunday 15 July 2012

Mimpi Lama Kembali...Aku Redha


Allah tidak pernah menjanjikan, laut yang pernah berkocak satu masa dahulu tidak  akan berkocak sekali lagi...
Aku hanya hambaMu yang lemah dan redha atas segala ketentuanMu setelah segala usaha yang aku lakukan...memang lumrah manusia cuma mampu merancang untuk memperbaiki kekurangan, kelemahan dan kesakitan yang dialami...tetapi jika sudah takdirNya tertulis bahawa semua itu takkan terjadi, maka manusia itu akan terus diuji dan diuji...sekuat manapun merancang, tetap memerlukan kesabaran yang berterusan kerana dugaan Allah itu sentiasa ada untuk menguji hamba-hambaNya yang terpilih... 

Mungkin aku alpa seketika...mungkin aku leka untuk sementara...tidak mungkin aku akan terus-menerus menyalahkan takdir...itu salah bagiku...aku dah berjanji dalam diri yang aku akan pasrah dengan apa sahaja yang telah ditetapkan untukku...dan aku telah belajar untuk menerima kenyataan hidup sejak peristiwa lalu itu...tapi tetap ada tapinya juga...

Aku memang berharap apa yang pernah berlaku pada diriku 4 tahun dahulu tidak akan berulang lagi...memang igauan ngeri yang paling menakutkan bagiku saat melalui keadaan paling getir sepanjang hidupku...menahan kesakitan yang tidak terhingga...memang takkan pernah aku lupakan dari kotak fikiran ini...namun...apa yang kuharapkan hanyalah sementara, ternyata yang lebih hakiki telah ditulis olehNya...mimpi itu datang kembali...semakin hari tampak semakin menggugat sedikit ketabahanku dan ketenanganku...hari-hari yang dilalui kembali suram..sukar untuk mengukir senyuman yang seikhlas sang budiman...terpaksa berselindung disebalik kedukaan...terpaksa bersembunyi dikala hati tiada tertahan...terpaksa berlakon seolah-olah jauhari tidak mengenal manikam...inilah yang mampu aku lakukan dalam masa hati yang sentiasa berdoa kepadaNya agar dipermudahkan segala urusan....
PadaMu ku bersujud...
Aku kuatkan jua langkah tatkala baru sahaja mahu mula membina tapak sebagai seorang pendidik...aku perlu terus kuat kerana masih banyak ilmu yang perlu dicurahkan...masih banyak anak-anak bangsa yang perlu aku pimpin ke jalan kejayaan..banyak banyak khidmat yang perlu diberi kepada yang memerlukan...saban hari aku akan cuba melemparkan senyuman semanis sang matahari..gelak tawa seceria burung di pagi hari walaupun dalam masa yang sama terpaksa menelan kesakitan sepahit hempedu....semuanya demi anak-anak didik....rakan-rakan sekerja yang banyak membantu...keluarga tercinta dan demi semua orang yang aku sayang...tidak mungkin aku akan mebuat mereka juga turut bersedih sedangkan aku perlu menjadi lebih kuat kerana pengalaman lalu sudah cukup mematangkan aku  tentang erti sebuah kebahagiaan hidup... 


Memang tidak dinafikan, kesakitan di pinggangku kerap terjadi kebelakangan ini cuma tidak seteruk dahulu kerana situasi kali ini berbeza...doktor mengesahkan ada batu karang di dalam buah pinggangku...muka tiba-tiba pucat...demam...dan simptom2 lain yang kadangkala agak mengganggu kelancaran dan tumpuan kerjaku...lebih-lebih lagi bila aku berpuasa...tetapi macamana sekalipun, aku nekad untuk tidak menyusahkan sesiapa lagi...cukuplah aku merasakannya sendiri dan belajar untuk menguruskan perkara ini dengan lebih baik...jaga pemakanan dan cukup air...buat kerja yang termampu dilakukan...


Aku yakin Allah sentiasa membantuku...kerana itulah aku masih tetap berdiri di sini untuk meneruskan bait-bait kehiudpan yang masih berbaki....jika masih mampu tersenyum, aku akan tersu tersenyum, dan jika sebaliknya, bantulah aku untuk terus memberikan senyuman yang paling bermakna untuk semua insan yang aku sayang...aku mahu terus hidup dengan lebih baik...aku mahu sihat seperti orang lain...menjalani kehidupan yang normal tanpa perlu menelan pil-pil dan ubat-ubatan saban hari...


Masih banyak impianku yang belum tercapai...membina keluarga bahagia sendiri...memiliki anak-anak yang soleh dan solehah...membalas jasa ibu dan ayah...menjaga mereka...dan yang paling penting aku ingin mencari kebahagiaan abadi di dunia dan akhirat kelak....
Mereka masih memerlukan aku...demi masa hadapan...
Bantulah aku untuk terus berdiri kukuh sebagai pendidik....dan moga segala ilmu yang sempat aku curahkan dapat memberi manfaat berpanjangan sebagai sahamku di akhirat kelak...aminnnnn

Saturday 14 July 2012

Amalan Nabi Muhammad (S.A.W)



AMALAN HARIAN NABI MUHAMMAD (S.A.W) SERTA KELEBIHAN BERSELAWAT...


§  Sesiapa yang berwuduk saat ingin tidur dan meminta supaya ALLAH berikan kebaikan dunia dan akhirat pasti akan di kabulkan – Tirmizi.
§  Sunat tidur dalam keadaan berwuduk.
§  Sesiapa yang berselawat tidak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua perkara dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.
§  Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, insyaALLAH, akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, riak dsbnya dalam dirinya.
§  Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.
§  ALLAH akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu.
§  Sewaktu menghadapi hidangan, Nabi membiasakan diri dengan mengambil makanan yang terdekat, kemudian baru di ambil hidangan yang lainnya sebagai simbolik kesopanan.
§  Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insyaALLAH akan di kurniakan kebijaksanaan
pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.
§  Sesiapa yang berniat mandi(untuk solat jumaat) kemudian pakai pakaian terbaik & wangian lalu solat jumaat, dosanya akan diampun hingga jumaat berikutnya-Ahmad.
§  Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali tiap hari, dengan izin ALLAH dirinya akan lebih dihargai oleh orang lain.
§  Uthman bin Affan riwayatkan bahawa Nabi SAW apabila berwuduk, beliau membasahi
janggutnya-Tirmizi
§  Nabi tidak pernah mencela makanan. Jika baginda suka, beliau makan dan sebaliknya beliau tinggalkan-Bukhari. Apatah lagi jika makanan itu pemberian orang lain.
§  Sahabat meriwayatkan:
Aku lihat Nabi SAW makan dengan 3 jari(ibu jari telunjuk & tengah)- Muslim. Jarang sekali beliau makan dengan 4 @ 5 jari kecuali ada keperluan.
§  Menurut Sayyid Ahmad dahlan, sesiapa berselawat walau sekali pada malam jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan ALLAH seperti yang dihadapi oleh para nabi.
§  Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat tujuh kali pada air dan minum. InsyaALLAH, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.
§  Perbaharui wuduk tiap kali bersolat krn padanya terdapat banyak fadhilat.
§  Hadith: Sesiapa yang berwuduk dalam keadaan suci, ALLAH catatkan 10 kebaikan baginya-Abu Dawud.
§  Sesiapa yang mengamalkan membaca selawat tiga kali setiap selepas
solat lima waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.
§  Nabi SAW sering menghadap ke kanan sedikit setelah solat berjemaah supaya makmum dapat melihat wajahnya. Sebaiknya imam berzikir dan doa seketika bersama makmum
§  Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan beselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu.
§  Nabi tak makan sambil bersandar-Bukhari.
§  Ertinya, baginda makan dengan duduk condong sedikit ke hadapan bagi elakkan dirinya terlalu kenyang & mudahkan penghadaman .
§  Menurut Syihab Ahmad, sesiapa berselawat tiga kali tiap selesai solat subuh, Maghrib dan isyak, ALLAH akan menghindarkannya drp sebarang bencana
§  Nabi sering beristinsyaq air kedalam hidung dan menghembuskannya. Selain membersihkan,ia juga mengelakkan sebarang penyakit yang berkaitan dengan hidung
§  Setelah bersolat Nabi memohon ampun ( astagfirullahalaziim) tiga kali-Muslim.
Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari
§  Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali tiap hari, ALLAH akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.
§  Apabila Nabi tidur, ia dahulukan mengiring sebelah kanan – Bukhari. Dari segi kesihatan, cara berkenaan baik untuk jantung (yang berada di kiri badan) mengepam darah
§  Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan ALLAH segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNYA
§  Tika Nabi tidur, ia membaca surah Al-Ikhlas,Al-Falaq dan An-Naas lalu meniup telapak tangan serta menyapu keseluruh tubuh)mohon perlindunganNYA) – Bukhari
§  Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan ALLAH
§  Wuduk dahulu jika ingin tidur sekalipun dalam keadaan junub. Nabi menyarankan, cukup dengan
bersihkan kemaluan dan berwuduk tanpa perlu mandi wajib jika ingin tidur.
§  Munurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipudaya syaitan yang melalaikan .
§  Silangkan kaki jika tidur di masjid.
§  Hadith:Sahabat melihatNabi berbaring di masjid dgn satu kakinya atas kaki yang lain (kerana bimbang terdedah aurat) – Bukhari
§  Sesiapa yang membaca selawat sebanyak tujuh kali selama tujuh Jumaat
berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW.
§  Adakalanya Nabi SAW amat menyukai doa-doa yang ringkas(mudah) – Abu dawud. Baginda mementingkan kualiti doa itu sendiri dengan sedikit tetapi maknanya yang menyeluruh.
§  Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari
§  Setelah bersolat Nabi SAW mohon ampun(astagfirullahalaziim) tiga kali – Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari
§  Nabi seorang yang berpsikologi dalam memberi nasihat.
Nabi memilih waktu yang sesuai untuk menasihati sahabat supaya
mereka tidak bosan (atau tersinggung) – bukhari
§  Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat asar pada hari jumaat, insyaALLAH akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang.
§  Menutup mulut dan rendahkan suara tika bersin. Hadith: Apabila Nabi bersin, beliau letakkan tangan atau pakaiannya dimulut (kerana dibimbangi terpercik) – Abu Dawud
§  Jiwa yang gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana ALLAH itu Maha Luas RahmatNya 
Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadakusebanyak 100 kali pada hari jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya – Abu Naim
§  Nabi tidak pernah menolak hadiah. Hadith: nabi selalu terima hadiah & amat menghargainya – Bukhari
§  Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, ALLAH akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya
§  Selalu memilih yang lebih mudah. Hadith: Mudahkan sesuatu & jangan kamu sukarkannya – Muttafaq Alaih
§  Berdiri apabila melihat iringan jenazah.
§  Hadith: Apabila kamu sekalian melihat jenazah( yang diusung), maka berdirilah (sbg tanda penghormatan) – Muttafaq Alaih
§  Ulamak berpendapat, sesiapa yang amalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, InsyaALLAH dihindarkan daripada taun & wabak penyakit berbahaya yang lain
§  Bersujud syukur jika dapat khabar gembira. Nabi sering melakukannya ketika beroleh khabar yang menyenangkan sebagai tanda syukur hamba terhadap ALLAH – Abu Dawud
§  Membaca selawat 1000 kali selepas Solat Hajat dua rakaat mampu meenghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan ALLAH akan hajatnya
§  Beri salam hingga tiga kali sahaja.Bahawasanya baginda memberi salam sebanyak 3 kali, apabila salamnya tak berjawab, beliau beredar.
§  Menurut para ulamak, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib
§  Melakukan /membantu isteri pekerjaan di rumah. Hadith: Bantuan terhadap isterimu itu adalah sedekah-Ad-Dailami
Para ulamak berpendapat, ALLAH sempurnakan hajat yang baik dengan senantiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, di ikuti dengan usaha yang berterusan.

Amalan Harian Dalam Islam


AMALAN HARIAN MENGIKUT ISLAM YANG BOLEH KITA GUNAKAN UNTUK KEHIDUPAN HARIAN

Setiap amalan yang dilakukan pastinya mendapat ganjaran daripadaNYA...

Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik.
Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa).
Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang berkenaan.

Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.
Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. Di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

Nabi mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)