Wednesday 11 July 2012

Bina Keyakinan Diri Anda...


1. Bina Prinsip dan Moto Hidup yang Mantap
Benteng semangat juang ialah prinsip / falsafah dan moto diri seseorang. Prinsip dan Moto hidup adalah pegangan, prinsip atau pendirian yang dijadikan sebagai asas panduan mencapai kejayaan.



2. Kenal Pasti Matlamat & Halatuju Hidup
Seseorang yang tidak mempunyai matlamat dan halatuju hidup yang jelas seolah-seolah meniti kehidupannya dalam keadaan gelap yang tidak pasti akan ke mana arahnya. 


3. Bina Pelan Tindakan Kejayaan Diri
Setelah anda mengenal pasti matlamat-matlamat dan halatuju anda serta prinsip-prinsip hidup anda, anda hendaklah pula merangka pelan tindakan kejayaan diri anda secara bertulis. 


4. Sentiasa Tingkatkan Ilmu & Pengalaman
Amalan meningkatkan ilmu pengetahuan akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara baru atau isu-isu semasa.  Pengetahuan atau ilmu-ilmu baru ini akan membolehkan untuk meningkatkan lagi keupayaan dan keyakinan anda menangani cabaran-cabaran semasa.


5. Sentiasa Tingkatkan Kemahiran Diri 
Anda akan lebih yakin diri apabila anda mempunyai kemahiran yang secukupnya dalam melakukan sesuatu kerja. 


6. Sentiasa Teratur dan Siap Sedia
Seorang pelajar yang hanya mula menelaah pelajaran di saat-saat akhir akan mengalami kegusaran dan ketidakyakinan diri. Keadaan begini juga juga boleh berlaku kepada pekerja-pekerja yang mempunyai amalan  menangguh-nangguhkan kerja. 
Untuk mengatasi keadaan negatif ini, kita mestilah menerapkan pada diri kita amalan pengurusan masa dan diri yang baik. Tempat kerja dan kerja mestilah sistematik. Kita mestilah sentiasa membuat pemantauan untuk memastikan diri kita sentiasa bersedia dan dapat bertindak balas dengan pantas dan cekap setiap kali khidmat kita dikehendaki.


7. Sentiasa Menjaga Kesihatan & Ketrampilan Diri
Kesihatan diri kita amat berkait rapat dengan keyakinan diri. Jika kesihatan diri kita baik, badan kita juga akan lebih cergas. Jika kurang sihat atau sakit-sakit, badan kita akan lemah, fikiran menjadi kusut dan diri kurang bermaya. Keadaan begini boleh menjejaskan keyakinan diri kita.

No comments:

Post a Comment