Tuesday 10 July 2012

Tinta Kasih Keluarga Tercinta


 
 Memang betul bak kata pepatah, air yang dicincang tidak akan pernah putus...begitulah jua dengan hubungan keluarga dna persaudaraan adik beradik yang tak akan pernah putus biarpun terpisah jauh beribu batu ataupun kerana komunikasi yang tidak sehala...kita sama-sama membesar dengan air susu ibu yang sama, jerit perih mencari rezeki ayah yang sama, berlindung di bawah teratak kasih yang sama, dan segala-galanya teta bersama...setiap masa yang diluangkan bersama adalah satu kenangan yang tercipta bagi mengisi episod perjalanan hidup kita yang masih panjang...walau manis umpama madu, walau pahit ibarat hempedu, semuanya akan tetap terpahat di sanubari tanpa sedikitpun rasa keraguan...
Bila mengenangkan kisah lalu, tidak akan siapa menduga yang pada suatu masa nanti kita semua akan berpisah...mungkin kerana tuntutan kerjaya, pelajaran, perkahwinan atau apa sahaja...sementara dan pastinya selamanya hanya Allah yang tahu bila masanya...sesaat yang diluangkan bersama begitu berharga sehinggakan tiada apa yang mampu menggantikannya apabila kita telah kehilangannya walaupun seketika...bila satu per satu daripada kita pergi meneruskan kewajipan diri, sangat terasa kehilangannya terutamanya ibu, ayah dan keluarga tercinta...tapi ketabahan dan kesabaran telah mengatasi segalanya...belajar untuk melepasakan dan merelakan disamping iringan doa yang tidak henti-henti daripada mereka...


Sudah rezeki kita semua melanjutkan pelajaran jauh daripada keluarga...tetapi kita tetapkan jua semangat demi ibu dan ayah yang telah banyak berkorban apa sahaja...jauh macamanapun tetap mereka mengiringi dan mengambil semula kita ke pangkuan keluarga...pelbagai dugaan dan cabaran yang dilalui sepanjang perjalanan kita tetap mereka korbankan jiwa dan raga untuk membantu kita...itulah pengorbanan yang memang sangat mulia...

Buat yang jauh di mata, teruskan usaha mengejar cita-cita dan capai apa yang kita impikan selama ini...jangan toleh ke belakang, terus melangkah dengan penuh semnagat biarpun berjuta rintangan terpaksa dilalui...banggakan ibu dan ayah, muliakan mereka dengan menanamkan sifat mukminin sejati dalam diri untuk menjadi anak yang soleh dan solehah yang akan sentiasa berdoa tanpa henti demi kesejahteraan mereka....

No comments:

Post a Comment