Thursday 12 July 2012

Sport Experience : Ankle Sprain

SEKADAR BERKONGSI PENGALAMAN...

Assalamualaikum...salam akustika penuh muhibbah  buat semua...

Khas untuk mereka yang aktif bersukan macam diriku jua ini, pastinya sudah lali dengan permasalahan ankle sprain ini terutamanya player futsal, footbal, badminton dan jenis-jenis sukan lain...sememangnya terlibat aktif dalam sukan mempunyai risiko yang sangat tinggi untuk mengalami kecederaan jika tidak berhati-hati dan mengikut prosedur yang betul teruatamanya aktiviti pemanasan badan di awal permainan...hampir kebanyakkan atlet yang terbabit dalam sukan-sukan lasak akan mengalami kecederaan samada serius ataupun tidak...tapi perlu diingat, kecederaan sebegini tidak boleh dianggap ringan dan perlu segera dapatkan rawatan yang sepatutnya supaya tidak menjadi lebih serius...

Ankle sprain injury...

Berbicara mengenai ankle sprain, sedikit pengalaman inginku kongsikan untuk manfaat bersama...tahun ketiga aku di institut pendidikan guru, aku sangat aktif dalam pelbagai jenis sukan seperti badminton, futsal, bola tampar, olahraga dan lain-lain lagi...dan memang diriku ini juga jenis manusia yang tidak suka duduk diam....aku suka mencuba sesuatu yang baru tidak kiralah dalam sukan atau aktiviti-aktiviti lain...walau bagaimanapun, pada penghujungnya ketika aku bermain untuk satu perlawanan futsal, aku terpelecok dan terjatuh...pada mulanya aku merasakan sakit itu perkara biasa sahaja kerana sebelum inipun aku pernah jatuh beberapa kali dan kesakitan yang dirasa hanya sekejap sahaja...tetapi pada kali ini, kesakitan berlanjutan sehingga masuk bulan ketiga...sehinggalah pada satu masa ramai yang menegur kenapa aku jalan seperti tidak stabil dan hendak jatuh...huhu

Inilah gambaran kecederaan kakiku...2 daripada 3 ligamen utama ini terkoyak
Akhirnya, aku sendiri tidak dapat menahan kesakitan lebih lama dan mengambil keputusan untuk cek di hospital dan melakukan xray, scan serta MRI test...dan doktor dengan jelas dapat mengesan bahawa dua daripada tiga urat ligamen utama buku lali aku dah pun terkoyak...ikutkan memang dah tahap serius dan terpaksa menjalankan pembedahan secepat mungkin kerana bimbang aku tidak boleh berjalan nanti...aku pun akur dan mengikut prosedur rawatan hospital...pada mulanya aku menolak sebab memikirkan tempoh recover yang akan memakan masa berbulan-bulan sedangkan aku masih dalam pengajian dan tidak boleh bercuti terlalu lama kerana mungkin terpaksa menangguh pengajian...


Hari pertama selepas pembedahan
Rehat di rumah...bertemankan tongkat si sahabat setia...
Pikir dan pikir aku tangguh pembedahan hampir setahun kerana aku bercadang untuk lakukan semuanya pada bulan 11 dan 12 dimana aku cuti hampir sebulan setengah...Alhamdulillah sepanjang tahun itu sebelum pembedahan aku masih boleh berjalan dengan baik walaupun kadang-kadang terpaksa menahan kesakitan...awal cuti bulan 11 aku terus menjalankan pembedahan seperti yang dirancangkan...pada mulanya, doktor mengalami masalah sedikit kerana urat ligamen yang terputus tu dah hilang dan beliau terpaksa mengambil urat kakiku yang lain yang agak kurang penting  untuk menyambungkannya semula...memang agak memedihkan...tapi hanya itulah caranya...semester baru aku masuk pengajian semula ke bumi Terengganu dengan masih bertongkat dan memakai ankle guard sebagai perlindungan...tapi lama-kelamaan setelah melakukan fisioterapi mengikut jadual dan makan ubat yang ditetapkan, Alhamdulillah kini setelah hampir 3 tahun berehat, aku dapat menjalankan semula aktiviti sukan seperti biasa tetapi masih dalam keadaan berhati-hati...cuma futsal aku memang tidak boleh sangat main kerana kesannya sangat terasa selepas itu, jadi aku tidak mahu mengambil risiko dan terpaksa mengorbankan minat sukan ini sedikit demi sedikit...tapi bila tengok bola geram jek...huhu


Semasa hendak menunggu ke sesi fisioterapi...
Hari pertama buka simen...memang ngeri tengok bekasnya yang hanya  menggunakan staple sahaja untuk mencantumkan semula semula bahagian yang terbelah...
Apa yang aku nak kongsikan, selama hampir 3 tahun berehat bukanlah satu perkara yang mudah...tekanan perasaan, emosi minda semuanya bercampur aduk sehingga pada satu masa diri ini hilang kawalan diri...bukan mudah untuk mengubah rutin hidup seharian dengan tiba-tiba...tapi itulah,malang dan kesulitan memang tidak berbau...perlu lebih berjaga-jaga dengan apa yang kita lakukan...dan jangan pernah meletakkan diri kita sebagai manusia yang paling lemah dan tidak berguna bila sampai satu tahap kita tidak boleh berbuat apa-apa...kuatkan semangat dan sentiasa buktikan yang kita juga mampu melakukan apa sahaja walaupun dalam keadaan serba kekurangan...

Rezeki tahun akhir, berkat semangat dan sokongan gang2 yang setia, aku dapat tebus semula kekecewaan lalu bila mendapat first place badminton single woman, third place double & mix-double.... satu kepuasan bagi diriku... bukan untuk berbangga tetapi sekadar memotivasikan diri bahawa  bagaimana sekalipun keadaan kita, jika kekuatan diri mengatasi segalanya, apapun tidak mustahil boleh terjadi...


Final Single with gang2 preschool tersayang yang turun bagi support...

Kalau bukan diri kita yang memungkinkan segalanya, tiada siapa lagi yang akan menyempurnakan kemungkinan itu...
YAKIN DAN PERCAYA PADA KEMAMPUAN DIRI SENDIRI SEADANYA....

No comments:

Post a Comment