Raudhah.Sakinah

KISAH DARI PONOROGO DAN BANYUWANGI, INDONESIA...

Moga satu hari nanti ada rezeki untuk kami sekeluarga ke sana...melawat saudara mara terdekat yang masih ramai dan tidak pernah berjumpa...


Ayah ke Indonesia untuk lawat saudara-mara di sana..

Dimana bumi dipijak, di situ langit dijunjung...dimana kami berpijak di situlah kami berbumbung....

Bermula alkisah duduk di rumah hanya bertiang empat, memang sesuatu yang sangat sukar bagi mak dan ayah...memulakan kehidupan selepas berkahwin di kebun sawit dan membina rumah sendiri setakat yang mampu untuk berlindung...pada masa itu semua orang hidup dalam keadaan seadanya...walaubagaimanapun hasil kebun sedikit demi sedikit telah membantu menyara kehidupan sekeluarga selain ayah yang pada waktu itu sudah mula bekerja tetap...Alhamdulillah rezeki Allah akhirnya ayah telah membeli satu kawsan tanah yang pada masa itu hanya bernilai RM3000....dan kalau sekarang mahu sahaja mencecah ratusan ribu...rumah sendiri dibina biarpun kecil tapi selesa dan lengkap...kami pada masa itu masih tiga beradik memang aktif lari ke atas dan bawah kerana rumah papan yang tinggi sememangnya menjadi tempat kegemaran untuk bermain lagi-lagi kawasan tangga...nak kira berapa kali jatuh jangan cakaplah...ermmm., mujur ayah pandai membina rumah sendiri...tidak perlu upah orang lain lagi...
Beginilah gambaran rumah 25 tahun lalu....
Rumah lama itu memang banyak bagi kenangan yang terhingga..paling tak dapat aku lupakan, kami tiga beradik berkongsi makan sebiji telur rebus...dan aku mendapat bahagian kuning...makan dengan kicap...dan mak juga rebuskan mee kuning untuk dimakan dengan kicap juga...pada masa itu sudah mencukupi untuk kami sekeluarga mengalas perut...sejak awal memang sudah belajar hidup susah tapi mak ayah selalu ingatkan bahawa walaupun susah, jangan mencuri, jangan buat jahat pada orang lain dan sentiasa menjaga maruah keluarga...biar susah tetapi harga diri tetap tinggi...ermmm...
Di kebun pisang....
Ayah sentiasa bekerja keras demi kami  semua...
Masa kecik-kecik, bila ayah pergi kerja, maklah biasanya akan mencari daun pisang yang ditempah oleh orang...kadang-kadang dapatlah 3 ringgit, 5 ringgit, 10 ringgit...dan sebagai upah teman mak pegi kebun, dapatlah 20 sen ke 50 sen...gembira sangat-sangat...tapi bila umurku dan masuk 10 tahun, aku dah pandai cari daun sendiri dan duitnya mak bagi semuanya...macam tak percaya tapi itulah kehidupannya...aku dan adik akan ke kebun untuk cari daun kalau mak tak sempat...
Aku dan adin di kebun pisang ayah..
Usia 22 tahun tetap tolong ayah di kebun..
Membaja sawit..
Memang seronok kehidupan di kampung...walaupun nampak serba kekurangan, aku tetap bersyukur kerana mak dan ayah tidak pernah menganggap ianya satu kesusahan dan alasan untuk tidak berjaya dalam hidup...pucuk pangkalnya adalah niat dan hati kita...ermm...selain tanam pokok pisang, ayah juga rajin tanam keladi, keledek, lada dan jagung...hasilnya dijual kepada orang lain dan selebihnya ayah sedekahkan kepada orang kampung...begitulah murahya hati ayah yang sangat aku kagumi...walaupun ayah seorang yang sangat garang dan tegas, tetapi aku tahu hatinya adalah sangat mulia...
Rumah yang siap sepenuhnya pada tahun 2005
Berkat kesabaran dan kerja keras, akhirnya pada tahun 2005, ayah telah menambahbaik rumah lama kami kepada rumah batu sepenuhnya...dan kami sekeuarga sangat bersyukur atas segala nikmat kurniaanNYa yang tidak ternilai...



CERITERA KONVOKESYEN..
Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNYa dan doa mak ayah, aku abang dini dan apis telah berjaya menamatkan pengajian...inilah yang menjadi impian kami dan harapan mak ayah....kepada sapik dan adin, teruskan perjuangan menjadi insan yang berjaya dan semoga kita lima beradik akan menjadi anak yang soleh dan solehah...Insya-Allah
Konvokesyen Dinie di UiTM Shah Alam Tahun 2008
Konvokesyen Institut Pendidikan Guru kakak di PICC Tahun 2012
Konvokesyen Apis di Politeknik Merlimau Melaka Tahun 2011

Inilah Kisah Keluargaku....

Tiada apa yang lebih bernilai dari harga sebuah ikatan kekeluargaan yang pastinya tidak dapat dijual beli...24 tahun kini sudah aku membesar dengan pelbagai dugaan dan cabaran tetapi tidak sedikitpun merasa kekurangan kasih sayang keluarga tercinta...
Motor Honda Lama...banyak kenangannya
Amat payah untuk mencari teman buat ketawa...teman dikala duka...tapi percayalah, apa yang  ada di hadapan kita adalah pengubat segalanya...

No comments:

Post a Comment