Thursday 6 June 2013

Secalit Kisah Untuk Dikongsikan

Assalamualaikum, salam manis, salam ukhwah penuh kerahmatan....

Seuntai kata untuk diucapkan,..
Secebis rindu untuk dirasakan...
Sebaris cinta untuk diluahkan....
Secalit  kisah untuk dikongsikan...

Alhamdulillah Allah masih lagi memberikan nafas yang sangat bermakna kepadaku untuk berkongsi apakah sebenarnya yang aku rasakan dan aku lalui sejak akhir-akhir ini...penuh  kesedihan, penuh kepiluan, penuh drama yang tidak tertahan tetapi aku yakin pasti punyai sejuta rahmat yang tidak terbandingkan…..

Meniti kehidupan harian seperti biasa…memanglah satu putaran hidup yang tidak akan ada akhirnya melainkan pada masa yang ditentukan kelak…aku juga begitu..meneruskan apa yang telah aku mulakan dan pastinya akan aku akhiri dengan sesuatu yang membanggakan…walau bagaimanapun, tidak semua langkah yang disusun itu mampu ditempuhi dengan sejuta kejayaan…pasti ada sekelumit kesukaran yang datang menghambat kelancaran perjalanan….

Aku….manusia…hamba Allah yang Esa dan sentiasa takut akan diriNYa…pengalaman lepas telah banyak membantu aku menghadapi hari-hari mendatang…kadangkala situasi menjadikan aku seorang yang periang dan kadangkala kesuraman menyelubungi diriku…6 tahun dahulu aku telah disahkan mengidap batu karang di saluran buah pinggang dan sehingga kini aku masih menjalani rawatan susulan dan mengambil ubat-ubatan yang berkenaan sebagai persediaan menghadapi sebarang kemungkinan…2 tahun lepas pula doctor telah dapat mengesan kehadiran batu karang pada buah pinggang kananku dalam kuantiti yang agak membimbangkan…dan susulan itu pengambilan ubat semakin ditingkatkan…ada sedikit kebimbangan juga bersarang dalam benakku….namun, hanya itu yang aku mampu lakukan selain hendak mengelakkan daripada melalui pembedahan… Alhamdulillah, lama-kelamaan keadaan buah pinggangku semakin membaik namun masih perlu terus berjaga-jaga….

Tarikh 24 Januari 2013, aku pergi semula ke klinik untuk membuat check up berkaitan keadaan buah pinggangku..Alhamdulillah kedua-duanya dalam keadaan baik…sudah tiada batu atau hablur pasir yang dikesan melalui scan...aku menarik nafas lega dan tersenyum…namun, tiba-tiba doctor mengarahkan aku untuk melihat pada skrin...wajah doctor penuh dengan seribu pertanyaan…apakah yang cuba ditunjukkan kepadaku…akhirnya mulutnya bersuara…dia mengesan ada ketumbuhan yang dipanggil polips pada pundi hempeduku….berderau darahku mendengarnya...terpalit seribu tanda Tanya apakah keadaan ini merbahaya, bagaimana ia boleh terjadi, apa yang perlu dilakukan dan macam-macam lagi…kerisauan sekali lagi menyelubungi diriku…di saat-saat akhir sebelum majlis pertunanganku yang berlangsung sehari selepas itu…


Penjelasan doctor sedikit merisaukan diriku…aku perlu menjalani check up sekerap mungkin untuk melihat kadar tumbesaran polips tersebut…mengikut penjelasan doctor dan pembacaanku dari sumber-sumber yang berlainan, polips sekiranya melebihi kadar 1cm boleh membahayakan sehingga mengakibatkan kanser…bagai tersentap hatiku mengingatkan perkara itu…oleh kerana kebimbangan yang berpanjangan, selesai majlis pertunanganku aku mengambil keputusan untuk membuat pemeriksaan di hospital pakar…

Pada permulaannya, aku menjalani scan keseluruhan untuk melihat keadaan pundi hempedu dan organ-organ lain…ketumbuhan polips itu kelihatan sudah mengeras dan sepatutnya aku merasa sakit dengan keadaan ini, namun aku menjelaskan kepada doctor bahawa aku jarang mengalami masalah atau kesakitan pada kawasan itu…dia mencadangkan aku untuk membuat pembedahan untuk membuang keseluruhan pundi hempedu supaya polips tidak terus membesar...ketumbuhan yang dikesan adalah bersaiz 0.6cm…


Seterusnya aku dirujuk kepada pakar bedah…melihat wajahku yang tegang dan penuh kerisauan, beliau menerangkan semula kepadaku tentang situasi tersebut dan meminta aku supaya jangan terlalu bimbang…masih ada masa dan penyelesaian sebelum apa-apa terjadi…aku cuba menenangkan diri mendengar setiap bait perkataan yang keluar dari mulut doctor itu…mengikut rekod, ketumbuhan polips itu telah awal dikesan pada tahun 2007 pada saiz 0.4cm dan kini membesar sebanyak 0.2cm kepada 0.6cm… pertumbuhannya lambat…doctor pakar bedah tidak mengesyorkan lagi untuk aku menjalani pembedahan tetapi tetap terus menjalani pemeriksaan berkala untuk melihat tumbesaran polips tersebut… 

Berulang kali beliau mengingatkanku supaya tidak terlalu risau... beliau memintaku menjaga pemakanan terutamanya mengelakkan makanan yang merangsang pertumbuhan polips tersebut…aku menghela sedikit nafas lega…pulang meneruskan kehidupan harian seperti biasa walaupun penuh kebimbangan dan kerisauan di dalam jiwa…inilah perkara yang sangat menghantui diriku…dalam masa aku berjaga-jaga untuk sakit batu karang, kini aku perlu beringat-ingat dengan ketumbuhan polips hempedu pula....

Bagaikan mimpi ngeri berulang untuk sekian kali…tetapi aku yakin padaNya yang menurunkan semua ujian ini untukku…aku berharap aku akan terus kuat menghadapi segala kesukaran berbekalkan doa dan semangat dari insan-insan yang aku sayang….Terima Kasih Untuk Segalanya…Aku bersyukur padaMU jua Ya Allah…

no more tears...
no more cry...
just build a new smile for a better life...

Sunday 3 February 2013

Warkah Cinta UntuMu


Assalamualaikum Wahai Penciptaku
Kau yang Maha Besar, Kau yang Maha Pengampun dan Lagi Maha Penyayang
Tinta Kasih tecoret daripada hati hambaMu yang sangat lemah
Allahuakbar…Allahuakbar…Lailahaillallah….


Selama ini aku mencari-cari di mana matahari untukku…yang aku terima hanyalah hujan dan petir…. Tapi aku percaya, satu masa nanti bukan sahaja matahari yang Kau akan berikan tapi juga Pelangi yang sangat aku dambakan…dan kerana itu aku masih terus menunggu nikmat keindahannya biarpun aku selalu melihatnya setiap kali selepas hujan…

Ya Allah…Aku percaya Kau selalu ada denganKu dan tidak pernah jauh sedikitpun...
Sesungguhnya terasa diri ini semakin tidak berdaya untuk melangkah lagi…
DugaanMu bertamu lagi untuk diriku…aku sangat memerlukanMu untuk membimbingku…
Tiada daya dan upaya pada kudrat ini selain mengharapkan kekuatan dariMu Ya Allah.
Aku masih mendambakan Cinta sejatiMU…berilah kesempatan aku merasainya dalam Redha dan KasihMu…


Aku perlu mencari semula kekuatan dulu…
Kekuatan yang pernah Kau berikan saat aku hampir tewas dengan cubaanMu…
Aku akur dengan semua takdirmu…aku Redha…pasrahh…menitis air mata darah sekalipun tidak mungkin aku mampu menjadi diriku yang dahulu….dan kerana itu aku amat memerlukanMu... aku tidak kuat bersendirian…walaupun zahir telah terlihat tawaku, namun kesedihan jiwaku hanya pada KAU aku mengharapkan sesuatu…

Tidak mungkin aku akan menyesali semua yang terjadi kerana aku percaya dan sangat yakin atas kekuasaanMu menyediakan sesuatu yang terbaik disebalik semua ini…aku rela dan sanggup demi semua insan yang aku sayang….teruslah memberikan mereka…ibu dan ayah…adik2ku…bakal imamku dan bakal anak-anakku….dan insan-insan yang tersayang dalam hidupku…kegembiraan dan kesihatan yang berpanjangan kerana ianya sudah cukup membuatkan aku tersenyum dalam kebahagiaan…pasti semua ini akan menjadi detik-detik yang paling berharga dalam hidupku…

Ya Allah…dugaanMu yang sering datang dan pergi berulang kali sememangnya telah membuatkan aku terasa semakin dekat denganMu…hati ini selalu kuat berdetik bahawa hanya Cinta MU yang aku dambakan saat ini dalam menghadapi liku-liku hidup sehingga aku bertemu denganMu jua nanti Ya Allah… terasa masa yang ada semakin singkat untukku…Kau bantulah aku untuk mengisi setiap masaku dengan sesuatu yang bermakna dan akan menjadi bekalanku untuk bertemu denganMu nanti…cepat atau lambat, masa itu pasti akan tiba untukku…


Ya Allah…tersangatlah tinggi pengharapan dan doaku pohon dariMu agar memberikan aku sedikit lagi kesempatan dan peluang untuk aku mencapai apa yang aku impikan…sekurang-kurangnya aku dapat membalas walaupun sedikit jasa dan pengorbanan kedua orang tuaku…impianku untuk menjadi isteri yang solehah dan taat kepada Imamku....peluang untuk aku menyusukan sendiri zuriat yang bakal lahir dari rahimku…peluang mencipta seberapa banyak kejayaan untuk menjadi pendorong kepada insan-insan di sekelilingku…dan peluang aku membuat kebajikan dan kebaikan  kepada mereka yang amat memerlukan….hanya itulah aku memohon dariMu…dan pimpinlah aku untuk mengecapi semua itu….



Demi meraih CintaMu…
Aku belajar untuk SABAR menerima dugaanMu…
Aku belajar untuk REDHA dengan segala ketentuan dan takdirMu untukku…
Aku belajar untuk KUAT menghadapi ujianMu dan rintangan hidup penuh berliku…
Aku belajar untk TEANAG tatkala hati menjadi tidak tenteram memikirkan apa
yang telah berlaku…
Dan akhirnya aku akan MENANGIS jua mengenangkan setiap dosa-dosa lalu..meluahkan segalanya yang telah terlalu lama terbuku…dan aku serahkannnya hanya untukMU…aku tahu, Kau punya rancangan untuk menjadikanku manusia yang lebih baik untuk terus beribadat kepadaMu….

Demi cinta Allah yang aku kejar, kuatkanlah hatiku untuk bertahan, berikan aku kecerdasan untuk sentiasa berfikir tentang kekuasaanmu, hulurkan pertolonganmu disaat2 aku hampir tewas, sinarkan nur hidayahmu untuk aku terus di jalanmu, Ya Allah, aku memohon keampunan darimu…keampunan daripada seorang 
hamba yang sangat hina di sisiMu...


Semalam aku kelukaan,
Kecewa kehampaan,
Mencalar ketabahan,
Mimpi yang sering kuharapkan menjadi kenyataan,
Namun masih belum kesampaian….

Ya Allah..
Seperti inginku hentikan langkah ini,
Bagaikan tidak mampu lagi untuk bertahan,
Semangat tenggelam,
Lemah daya dan kekuatan,
Haruskah aku mengalah,
Jiwaku berbisik,
Inilah dugaan….


Dan langkahku kini terbuka,
Pada hikmah dugaan rahsiaMu
Menguji keimananku
Takkan dirimu melontarkan ujian
diluar kekuatanku….

Ya Allah..
Pimpinlah diriku,
Untuk bangkit semula,
Meneruskan langkahan padu,
Perjuangan yang masih panjang,
Cekalkan hati dan semangatku,
Kurniakan ketabahan,
Agar mimpi menjadi nyata,
padaMu aku meminta,
wahai Tuhan yang satu,
segalanya DIRIMU…


SENYUMAN PENUH SEJUTA PENGHARAPAN....




Saturday 2 February 2013

Selimut Hati Suci

ALHAMDULILLAH...SYUKUR PADAMU YA ALLAH...
SELIMUT HATIKU DISEBALIK KEIKHLASAN JIWAMU


Terima kasih kepada semua yang hadir dan mendoakan ira pada majlis permulaan tanda ini...
Kepada saudara-mara, orang kampung khususnya dan keluarga pihak lelaki yang telah sama-sama memeriahkan lagi majlis,...syukur segalanya berjalan dengan lancar....
Doa ira semoga hubungan persaudaraan yang terbina antara kita semua kekal hingga ke ikatan yang sah anatara kami berdua, selamanya dunia dan akhirat...InsyaAllah...


aku disini kerana ada engkau disana yang menungguku

cincin tanda permulaan segalanya...

akhirnya, cartoonist pink bertemu dgn robot birunya...

Mak dan ayah sumber kekuatan

Sekalung terima kasih yang tidak terhingga...


Semoga ikatan yang terjalin kekal hingga akhir hayat....

doa diaminkan tanda kesyukuran...
ibu, sahabat, kawan baik dan segala-galanya....
Cikgu dol dan rombongan lelaki...tidak tersangka....

besar tapak tangan, nyiru kami sekeluarga tadahkan...

Alhamdulilah..selesai majlis

Kenangan....