Tuesday 25 December 2012

Bantuku Menjadi Yang Terbaik Di SisiMu

MAMPUKAH AKU MENJADI YANG 
TERBAIK DI SISINYA


Manusia semuanya lemah disisiNYasekuat dan segagah manapun, kita tetap terlalu kerdil dibandingkan dengan kehebatanNYAmemang tiada yang akan sempurna aku sering melihat jauh ke dalam dirikulayakkan aku untuk terus hidup di bumiNya ini, layakkah aku terus bernafas dengan kesegaran udaraNyasedangkan aku ini masih belum tentu sempurna dalam menjalankan segala perintahNya…saban hari pasti ada waktu ketikanya aku lalai dan alpa dalam mengejar kesempurnaan hidup di dunia hinggakan aku terlupa mengumpulkan seberapa banyak bekalan untuk saham akhirat kelak…dan sebab itulah kadangkala aku sering muhasabah diri untuk terus berhijrah ke satu fasa kehidupan baru yang lebih baik daripada sebelum ini…

Kehidupan manusia di dunia ini hanyalah pentas lakonan semata, skripnya sudah tertera, pengarahNya sudah pastilah DIA yang maha Esa…dan kita semua adalah pelakon-pelakonya yang memainkan watak seiring dengan jalan cerita yang sudah termaktub penuh rahsia…tiada siapa tahu dan tiada siapa mampu menduga apakah kesudahan cerita yang terbina…kerana semuanya terletak di tanganNya…. Perjalanan yang dilalui kadangkala putih kadangkala hitam, kadangkala sejuk kadangkala bahang, kadangkala sepi kadangkala bingar, kadangkala manis kadangkala pahit….corak yang berbeza, seni yang berbeza 
dan putaran pun berbeza…


Aku dan diriku…dan aku hanyalah seorang hamba yang terkadang lupa dan tidak khusyuk tatkala mendampingiNya….tetapi semakin aku mengenaliNya, terasa diriku sangat hina dan kerdil dalam meniti perjalanan hidup di dunia milikNya…. Terasa terlalu banyak dosa masa-masa lalu yang kulalakukan sehingga boleh menyebabkan murkaNya….saban hari aku cuba memperbaiki diri ke arah yang mencari redhaNya, namun aku sendiri tidak tahu kenapa masih belum ada ketenangan dan kegembiraan di dalam hati ini…setiap masa fikiranku dibelenggu dengan imaginasi-imaginasi negatif tentang kehidupanku…bayangan yang menakutkan sering menerpa saban kali aku berkhayal seketika….aku sendiri bahkan tidak tahu harus bagaimana lagi… Astagfirullahalazim….hanya itu yang mampu aku lafazkan sambil berdoa memohon kemapunan dariNya…


Detik demi detik aku sentiasa mahu untuk menjadi yang terbaik di sisiNya… aku tahu aku tidak kuat, aku tahu aku tidak mampu, tiada kudrat yang upaya….tapi aku sentiasa memohon padaMu jua Ya Allah untuk  membantuku menjadi lebih kuat pada hati ini dan pada kehidupan ini demi mencari keredhaanMU…Aku tahu aku tidak layak melangkah ke SyurgaMu tetapi aku juga takut utuk masuk ke NerakaMu…aku selalu memikirkan bahawa ajalku semakin hampir walaupun aku tahu itu semua adalah urusanMu…dugaan, kesakitan dan cubaan yang Kau berikan cukup menginsafkan aku bahawa Kau boleh mengambilku bila-bila masa sahaja tetapi jika sekarang, aku masih belum bersedia…

Ya Allah,…adakah aku layak untuk untuk mendambakan CintaMu, adakah aku layak menerima cinta daripada keluargaku, adakah aku layak untuk menerima Kasih daripada pendamping utusanMu, adakah aku layak untuk menjadi seorang isteri dan ibu kepada anak-anakku…dan adakah cukup layak untuk semua ini sedangkan diri ini masih banyak kekurangan dan cacat celanya...


Ampuniku…ampuniku…ampuniku Ya Allah...Aku tahu kau Maha Pengampun, 
Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani…segala kebahagiaan dan rezeki yang ada di tanganMu…Kau berilah aku peluang untuk menikmati semua ini sebelum Kau menjemput diriku menemuiMu…aku sangat memohon padamu…berikan aku kesempatan untuk memohon keampunan dan restu daripada kedua ibu bapaku, berikan aku peluang untuk merasakan cukup kasih sayang daripada abang dan adik-adikku, berilah aku kesempatan menjadi seorang isteri yang solehah kepada suami yang Kau utuskan atas dasar Cinta kami kepadaMu, kau berilah aku juga segala kasih sayang untuk menjadi seorang ibu yang sempat menyusukan anaknya dan mendidiknya menjadi anak-anak yang soleh sebagai penyambung bekalan akhiratku….itu sahaja permintaanku Ya Allah…hanya Kau pemberi segalanya…

Kau tenangkanlah hatiku, fikiranku dan tingkahku untuk sentiasa melakukan ibadat kepadaMu...terus bersujud untuk menyembahMu…terus berzikir mengingatiMu…kerana aku tahu Kau sentiasa di sisiku dan Kau Punya Rahsia 
Tersendiri untuk setiap
 perjalanan hidup diri hambaMU….

Ya Allah....aku sangat mendambakan kasih sayangMu....

No comments:

Post a Comment