Assalamualaikum dan
salam sejahtera…
JODOH….JODOH….JODOH….satu persoalan yang sering aku dan
orang lain fikirkan terutamanya bila usia sudah meningkat dewasa…tetapi bagiku,
bukan senang untuk membicarakan soal jodoh kerana ia milik Allah. Bagaimanapun,
kita sebagai manusia boleh merancang dan berusaha, selebihnya hati kita harus
kuat menyerahkan
soal jodoh kepada Allah.
Kisah cinta manusia di bumi yang nyata bukan macam kisah
cinta dalam novel atau cerita yang boleh direka dan dirancang pengakhirannya.
Tidak semestinya sesuatu perkahwinan
itu membahagiakan. Mereka ada jodoh, tetapi mereka masih tiada
cinta. Jadi apa yang penting sebenarnya adalah cinta dan jodoh. Ia harus datang
bersama. Jika sesebuah cinta itu tidak ada dalam hati seseorang, sampai
bila-bila lah dia tidak akan ada. Memang kita tak tahu apa akan jadi pada masa
akan datang, tapi Allah sebenarnya sudahmenunjukkan kepada kita secara halus
siapa jodoh kita sebenarnya.
Orang yang kita cari sebenarnya pernah berada
dekat dengan kita
Percaya ataupun tidak, sebenarnya jodoh yang kita cari pernah ataupun memang berada berdekatan dengan kita. Kita mungkin tidak nampak sekarang, tapi siapa tahu satu hari nanti kita akan bertemu dengan seseorang yang sangat dekat dengan kita. Bahkan kita akan jatuh cinta dengan seseorang yang kita pernah kenal suatu masa dahulu. Tak sangka kan? Kuasa Allah ini besar. Kita cari jodoh jauh jauh, rupanya dia berada dekat dengan kita. Siapa tahu, jodoh kita adalah seseorang yang telah lama cintakan kita dalam diam. Ataupun jodoh itu adalah daripada kenalan korang di suatu masa dahulu. Jadi jangan menekan sangat soal jodoh. Mungkin kita sudah bersedia untuk menikah tetapi masih belum bertemu jodoh. Usah risau, pedulikan apa orang kata, yang penting jodoh untuk kita akan tetap juga sampai nanti.

Bagiku, Allah telah mengurniakan sesuatu yang sangat
baik untuk kita dalam soal jodoh ni. Jika dulu kita pernah bercinta, berjanji
dengan sejuta kemanisan, mengangankan suatu perkahwinan
yang indah tetapi
kita kecewa hanya disebabkan sesuatu yang tidak masuk akal atau sebagainya sehingga
pintu hati tertutup, tapi sekarang Allah beri seseorang yang lebih daripada
yang dulu untuk menemani hidup kita. Usah khuatir soal jodoh itu, kerana bila
seseorang itu sudah ditakdirkan menjadi jodoh dan pasangan kita, ia tetap akan
jadi milik kita. Datanglah beribu halangan sekalipun, takkan ada yang boleh
mengubah kuasa Allah.
Berpisahlah macam mana pun, jika jodoh itu milik
kita ia pasti milik kita!
Pernah juga terjadi, pasangan kekasih yang telah berpisah suatu masa dahulu berjumpa balik dan berkahwin! Itu juga namanya jodoh. Berpisahlah macam mana pun, jika Allah tetapkan jodoh itu milik kita, maka ia milik kita juga. Mungkin Allah mahu kita berpisah untuk memperbaiki diri masing masing dan menguji rasa cinta antara kita. Hakikat ayat ini, “kalau jodoh, ia tetap jodoh” sentiasa menguatkan hati manusia tentang persoalan jodoh. Memang sangat menyakitkan jika jodoh kita bukan bersama seseorang yang kita cintai. Tapi bersangka baiklah kepada Allah.

Dia
akan mengurniakan seseorang yang baik untuk kita. Dia yang mencipta segala
jenis perasaan yang ada di muka bumi ini. Dia yang memberikan kebahagiaan
kepada semua hamba hambaNya. Mintalah kepada Nya sedikit kebahagiaan,
InsyaAllah jika kita ikhlas dan redha menerima segala ketentuan Allah, kita akan
tenang dan hidup bahagia. Istikharah dengan cara yang betul. Jika kita dah
cukup berusaha, dan takdir menentukan sesuatu yang berbeza untuk kita,
terimalah dengan sabar dan ikhlas. Memang sukar tetapi kan Allah itu Maha
Mengetahui. Sakit yang kita rasa sekarang adalah bayaran untuk kebahagiaan
untuk kita di masa akan datang nanti InsyaAllah.
Jangan serahkan pada takdir semata-mata
Soal jodoh memanglah milik Allah, tapi kita tidak boleh duduk diam tanpa berbuat apa apa dan tunggu bulan jatuh ke riba. Allah benci orang yang suka berputus asa dan tidak mahu berusaha. Ada yang kata jodoh tak perlu dicari, tetapi ia datang sendiri. Benar, tapi tetap juga kita perlu berusaha. Jangan kurung diri kita daripada cinta kerana beranggapan jodoh korang sudah ditentukan. Hiduplah dengan normal dan bersosiallah seperti orang lain. Asalkan kita tahu jaga batas, itu sudah mencukupi. Berusahalah selagi berdaya sehingga kita menemukan seseorang yang tepat untuk kita. Bukan hanya kepada lelaki sahaja bahkan tidak menjadi satu kesalahan jika seorang wanita itu yang memulakan langkah pertama.

Kadangkala Allah telah mencetuskan seketika satu
perasaan di dalam hati kita sebagai isyarat bahawa seseorang itu jodoh
kita, tetapi kita hanya menidakkannya kerana masih keliru dengan perasaan yang
hanya datang cuma sekejap sahaja .
Sehinggalah kita bertemu kembali dengan insan itu dan berkahwin
dengannya. Tatkala itu barulah kita sedar betapa Allah itu maha berkuasa dalam
membantu hambaNya merasakan jodoh yang terbaik untuknya.
Jodoh itu milik Allah
tapi ia dicipta khas untuk manusia agar kita dapat
menikmati nikmat bahagia hidup di dunia ini bertemankan seseorang yang sangat
kita sayangi. Ada orang yang dapat jodoh dengan orang yang dicintai, ada yang
tidak. Semua itu kuasa Allah, kita tidak layak mempersoalkannya. Tetapi kita
boleh belajar daripada pengalaman yang kita dapat. Mungkin sebelum ini kita
pernah mengecewakan dan dikecewakan.
Dan apabila kita sudah merasakan kita telah menemui jodoh yang tepat, cintailah dah kasihilah dia
dengan sepenuh hati hanya kerana Allah dan jangan sesekali mengecewakannya. Walau apa berlaku
sekalipun, belajarlah cara untuk mempertahankan rumah tangga yang telah atau
akan dibina. Allah telah mengurniakan satu jodoh untuk kita. Orang lain yang
terlalu berharap masih tidak dapat, tapi kita dah dapat. Kenapa mesti disia
siakan? Baik lelaki mahupun perempuan. Jaga hubungan elok elok. Hargai apa yang
ada sekarang. Percayalah, Allah tidak kejam. Dia Maha Menyayangi. Pasti Dia
akan mendengar setiap doa dan rintihan kita sekaligus menghadiahkan jodoh yang
terbaik untuk kita semua, InsyaAllah…
“Perempuan
yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang
jahat, manakala perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik
untuk perempuan yang baik”
Allah
S.W.T Berfirman Dalam surah An-nur : 26
Terima Kasih Ya Allah Atas Kurniaan dan AnugerahMU…
Aku bermohon agar Kau sentiasa mengurniakan yang terbaik
untukku…
No comments:
Post a Comment