MAMPUKAH AKU MENJADI YANG
TERBAIK DI SISINYA
Manusia semuanya lemah disisiNYa…sekuat dan segagah manapun,
kita tetap terlalu kerdil dibandingkan dengan kehebatanNYA…memang tiada yang akan
sempurna …aku sering melihat jauh ke dalam diriku…layakkan aku untuk terus hidup
di bumiNya ini, layakkah aku terus bernafas dengan kesegaran udaraNya…sedangkan aku ini masih belum
tentu sempurna dalam menjalankan segala perintahNya…saban hari pasti ada
waktu ketikanya aku lalai dan alpa dalam mengejar kesempurnaan hidup di dunia
hinggakan aku terlupa mengumpulkan seberapa banyak bekalan untuk saham akhirat
kelak…dan sebab itulah kadangkala aku sering muhasabah diri untuk terus
berhijrah ke satu fasa kehidupan baru yang lebih baik daripada sebelum ini…
Kehidupan manusia di dunia ini hanyalah pentas
lakonan semata, skripnya sudah tertera, pengarahNya sudah pastilah DIA yang
maha Esa…dan kita semua adalah pelakon-pelakonya yang memainkan watak seiring
dengan jalan cerita yang sudah termaktub penuh rahsia…tiada siapa tahu dan tiada siapa mampu menduga apakah kesudahan cerita yang terbina…kerana semuanya
terletak di tanganNya…. Perjalanan yang dilalui kadangkala putih kadangkala
hitam, kadangkala sejuk kadangkala bahang, kadangkala sepi kadangkala bingar,
kadangkala manis kadangkala pahit….corak yang berbeza, seni yang berbeza
dan putaran
pun berbeza…
Aku dan diriku…dan aku hanyalah seorang hamba
yang terkadang lupa dan tidak khusyuk tatkala mendampingiNya….tetapi semakin
aku mengenaliNya, terasa diriku sangat hina dan kerdil dalam meniti perjalanan
hidup di dunia milikNya…. Terasa terlalu banyak dosa masa-masa lalu yang
kulalakukan sehingga boleh menyebabkan murkaNya….saban hari aku cuba
memperbaiki diri ke arah yang mencari redhaNya, namun aku sendiri tidak tahu
kenapa masih belum ada ketenangan dan kegembiraan di dalam hati ini…setiap masa
fikiranku dibelenggu dengan imaginasi-imaginasi negatif tentang kehidupanku…bayangan
yang menakutkan sering menerpa saban kali aku berkhayal seketika….aku sendiri
bahkan tidak tahu harus bagaimana lagi… Astagfirullahalazim….hanya itu yang
mampu aku lafazkan sambil berdoa memohon kemapunan dariNya…
Detik demi detik aku sentiasa mahu untuk
menjadi yang terbaik di sisiNya… aku tahu aku tidak kuat, aku tahu aku tidak
mampu, tiada kudrat yang upaya….tapi aku sentiasa memohon padaMu jua Ya Allah
untuk membantuku menjadi lebih kuat pada
hati ini dan pada kehidupan ini demi mencari keredhaanMU…Aku tahu aku tidak
layak melangkah ke SyurgaMu tetapi aku juga takut utuk masuk ke NerakaMu…aku
selalu memikirkan bahawa ajalku semakin hampir walaupun aku tahu itu semua
adalah urusanMu…dugaan, kesakitan dan cubaan yang Kau berikan cukup
menginsafkan aku bahawa Kau boleh mengambilku bila-bila masa sahaja tetapi jika
sekarang, aku masih belum bersedia…
Ya Allah,…adakah aku layak untuk untuk mendambakan
CintaMu, adakah aku layak menerima cinta daripada keluargaku, adakah aku layak
untuk menerima Kasih daripada pendamping utusanMu, adakah aku layak untuk menjadi
seorang isteri dan ibu kepada anak-anakku…dan adakah cukup layak untuk semua
ini sedangkan diri ini masih banyak kekurangan dan cacat celanya...
Ampuniku…ampuniku…ampuniku Ya Allah...Aku tahu
kau Maha Pengampun,
Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani…segala kebahagiaan dan
rezeki yang ada di tanganMu…Kau berilah aku peluang untuk menikmati semua ini
sebelum Kau menjemput diriku menemuiMu…aku sangat memohon padamu…berikan aku
kesempatan untuk memohon keampunan dan restu daripada kedua ibu bapaku, berikan
aku peluang untuk merasakan cukup kasih sayang daripada abang dan adik-adikku,
berilah aku kesempatan menjadi seorang isteri yang solehah kepada suami yang
Kau utuskan atas dasar Cinta kami kepadaMu, kau berilah aku juga segala kasih
sayang untuk menjadi seorang ibu yang sempat menyusukan anaknya dan mendidiknya
menjadi anak-anak yang soleh sebagai penyambung bekalan akhiratku….itu sahaja
permintaanku Ya Allah…hanya Kau pemberi segalanya…
Kau tenangkanlah hatiku, fikiranku dan tingkahku
untuk sentiasa melakukan ibadat kepadaMu...terus bersujud untuk menyembahMu…terus
berzikir mengingatiMu…kerana aku tahu Kau sentiasa di sisiku dan Kau Punya Rahsia
Tersendiri untuk setiap
perjalanan
hidup diri hambaMU….
Ya Allah....aku sangat mendambakan kasih sayangMu....
No comments:
Post a Comment