Allah tidak pernah menjanjikan, laut yang pernah berkocak satu masa dahulu tidak akan berkocak sekali lagi... |
Aku hanya
hambaMu yang lemah dan redha atas segala ketentuanMu setelah segala usaha yang
aku lakukan...memang lumrah manusia cuma mampu merancang untuk memperbaiki
kekurangan, kelemahan dan kesakitan yang dialami...tetapi jika sudah takdirNya
tertulis bahawa semua itu takkan terjadi, maka manusia itu akan terus diuji dan
diuji...sekuat manapun merancang, tetap memerlukan kesabaran yang berterusan
kerana dugaan Allah itu sentiasa ada untuk menguji hamba-hambaNya yang
terpilih...
Mungkin aku alpa seketika...mungkin aku leka untuk
sementara...tidak mungkin aku akan terus-menerus menyalahkan takdir...itu salah
bagiku...aku dah berjanji dalam diri yang aku akan pasrah dengan apa sahaja
yang telah ditetapkan untukku...dan aku telah belajar untuk menerima kenyataan
hidup sejak peristiwa lalu itu...tapi tetap ada tapinya juga...
Aku memang berharap apa yang pernah berlaku pada diriku 4 tahun
dahulu tidak akan berulang lagi...memang igauan ngeri yang paling menakutkan
bagiku saat melalui keadaan paling getir sepanjang hidupku...menahan kesakitan
yang tidak terhingga...memang takkan pernah aku lupakan dari kotak fikiran
ini...namun...apa yang kuharapkan hanyalah sementara, ternyata yang lebih
hakiki telah ditulis olehNya...mimpi itu datang kembali...semakin hari tampak
semakin menggugat sedikit ketabahanku dan ketenanganku...hari-hari yang dilalui
kembali suram..sukar untuk mengukir senyuman yang seikhlas sang
budiman...terpaksa berselindung disebalik kedukaan...terpaksa bersembunyi dikala
hati tiada tertahan...terpaksa berlakon seolah-olah jauhari tidak mengenal
manikam...inilah yang mampu aku lakukan dalam masa hati yang sentiasa berdoa
kepadaNya agar dipermudahkan segala urusan....
Aku kuatkan jua langkah tatkala baru sahaja mahu mula membina
tapak sebagai seorang pendidik...aku perlu terus kuat kerana masih banyak ilmu
yang perlu dicurahkan...masih banyak anak-anak bangsa yang perlu aku pimpin ke
jalan kejayaan..banyak banyak khidmat yang perlu diberi kepada yang
memerlukan...saban hari aku akan cuba melemparkan senyuman semanis sang
matahari..gelak tawa seceria burung di pagi hari walaupun dalam masa yang sama
terpaksa menelan kesakitan sepahit hempedu....semuanya demi anak-anak
didik....rakan-rakan sekerja yang banyak membantu...keluarga tercinta dan demi
semua orang yang aku sayang...tidak mungkin aku akan mebuat mereka juga turut
bersedih sedangkan aku perlu menjadi lebih kuat kerana pengalaman lalu sudah
cukup mematangkan aku tentang erti sebuah kebahagiaan hidup...
Memang tidak dinafikan, kesakitan di pinggangku kerap terjadi kebelakangan ini cuma tidak seteruk dahulu kerana situasi kali ini berbeza...doktor mengesahkan ada batu karang di dalam buah pinggangku...muka tiba-tiba pucat...demam...dan simptom2 lain yang kadangkala agak mengganggu kelancaran dan tumpuan kerjaku...lebih-lebih lagi bila aku berpuasa...tetapi macamana sekalipun, aku nekad untuk tidak menyusahkan sesiapa lagi...cukuplah aku merasakannya sendiri dan belajar untuk menguruskan perkara ini dengan lebih baik...jaga pemakanan dan cukup air...buat kerja yang termampu dilakukan...
Aku yakin Allah sentiasa membantuku...kerana itulah aku masih tetap berdiri di sini untuk meneruskan bait-bait kehiudpan yang masih berbaki....jika masih mampu tersenyum, aku akan tersu tersenyum, dan jika sebaliknya, bantulah aku untuk terus memberikan senyuman yang paling bermakna untuk semua insan yang aku sayang...aku mahu terus hidup dengan lebih baik...aku mahu sihat seperti orang lain...menjalani kehidupan yang normal tanpa perlu menelan pil-pil dan ubat-ubatan saban hari...
Masih banyak impianku yang belum tercapai...membina keluarga bahagia sendiri...memiliki anak-anak yang soleh dan solehah...membalas jasa ibu dan ayah...menjaga mereka...dan yang paling penting aku ingin mencari kebahagiaan abadi di dunia dan akhirat kelak....

Mereka masih memerlukan aku...demi masa hadapan... |
Bantulah aku
untuk terus berdiri kukuh sebagai pendidik....dan moga segala ilmu yang sempat
aku curahkan dapat memberi manfaat berpanjangan sebagai sahamku di akhirat
kelak...aminnnnn
No comments:
Post a Comment