AMALAN HARIAN NABI MUHAMMAD (S.A.W) SERTA KELEBIHAN BERSELAWAT...
§ Sesiapa yang berwuduk saat ingin tidur dan meminta supaya ALLAH
berikan kebaikan dunia dan akhirat pasti akan di kabulkan – Tirmizi.
§ Sunat tidur dalam keadaan berwuduk.
§ Sesiapa yang berselawat tidak kiralah banyak mana hitungannya
setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua perkara dengan syarat ia
berusaha mencari keredhaanNya.
§ Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, insyaALLAH, akan
dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, riak dsbnya dalam
dirinya.
§ Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami
akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.
§ ALLAH akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan
berselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu.
§ Sewaktu menghadapi hidangan, Nabi membiasakan diri dengan
mengambil makanan yang terdekat, kemudian baru di ambil hidangan yang lainnya
sebagai simbolik kesopanan.
§ Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insyaALLAH akan
di kurniakan kebijaksanaan
pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.
§ Sesiapa yang berniat mandi(untuk solat jumaat) kemudian pakai
pakaian terbaik & wangian lalu solat jumaat, dosanya akan diampun hingga
jumaat berikutnya-Ahmad.
§ Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali tiap hari, dengan izin
ALLAH dirinya akan lebih dihargai oleh orang lain.
§ Uthman bin Affan riwayatkan bahawa Nabi SAW apabila berwuduk,
beliau membasahi
janggutnya-Tirmizi
§ Nabi tidak pernah mencela makanan. Jika baginda suka, beliau makan
dan sebaliknya beliau tinggalkan-Bukhari. Apatah lagi jika makanan itu
pemberian orang lain.
§ Sahabat meriwayatkan:
Aku lihat Nabi SAW makan dengan 3 jari(ibu jari telunjuk & tengah)- Muslim.
Jarang sekali beliau makan dengan 4 @ 5 jari kecuali ada keperluan.
§ Menurut Sayyid Ahmad dahlan, sesiapa berselawat walau sekali pada
malam jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan ALLAH seperti yang dihadapi
oleh para nabi.
§ Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat tujuh kali pada
air dan minum. InsyaALLAH, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.
§ Perbaharui wuduk tiap kali bersolat krn padanya terdapat banyak
fadhilat.
§ Hadith: Sesiapa yang berwuduk dalam keadaan suci, ALLAH catatkan
10 kebaikan baginya-Abu Dawud.
§ Sesiapa yang mengamalkan membaca selawat tiga kali setiap selepas
solat lima waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua
masalah.
§ Nabi SAW sering menghadap ke kanan sedikit setelah solat berjemaah
supaya makmum dapat melihat wajahnya. Sebaiknya imam berzikir dan doa seketika
bersama makmum
§ Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan
beselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu.
§ Nabi tak makan sambil bersandar-Bukhari.
§ Ertinya, baginda makan dengan duduk condong sedikit ke hadapan
bagi elakkan dirinya terlalu kenyang & mudahkan penghadaman .
§ Menurut Syihab Ahmad, sesiapa berselawat tiga kali tiap selesai
solat subuh, Maghrib dan isyak, ALLAH akan menghindarkannya drp sebarang
bencana
§ Nabi sering beristinsyaq air kedalam hidung dan menghembuskannya.
Selain membersihkan,ia juga mengelakkan sebarang penyakit yang berkaitan dengan
hidung
§ Setelah bersolat Nabi memohon ampun ( astagfirullahalaziim) tiga
kali-Muslim.
Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari
§ Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali tiap hari,
ALLAH akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.
§ Apabila Nabi tidur, ia dahulukan mengiring sebelah kanan –
Bukhari. Dari segi kesihatan, cara berkenaan baik untuk jantung (yang berada di
kiri badan) mengepam darah
§ Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan
kekeruhan jiwa, dipermudahkan ALLAH segala urusan dan mendapat keampunan
daripadaNYA
§ Tika Nabi tidur, ia membaca surah Al-Ikhlas,Al-Falaq dan An-Naas
lalu meniup telapak tangan serta menyapu keseluruh tubuh)mohon perlindunganNYA)
– Bukhari
§ Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan
memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan ALLAH
§ Wuduk dahulu jika ingin tidur sekalipun dalam keadaan junub. Nabi
menyarankan, cukup dengan
bersihkan kemaluan dan berwuduk tanpa perlu mandi wajib jika ingin tidur.
§ Munurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan
terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipudaya syaitan yang melalaikan .
§ Silangkan kaki jika tidur di masjid.
§ Hadith:Sahabat melihatNabi berbaring di masjid dgn satu kakinya atas
kaki yang lain (kerana bimbang terdedah aurat) – Bukhari
§ Sesiapa yang membaca selawat sebanyak tujuh kali selama tujuh
Jumaat
berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW.
§ Adakalanya Nabi SAW amat menyukai doa-doa yang ringkas(mudah) –
Abu dawud. Baginda mementingkan kualiti doa itu sendiri dengan sedikit tetapi
maknanya yang menyeluruh.
§ Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW
dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari
§ Setelah bersolat Nabi SAW mohon ampun(astagfirullahalaziim) tiga
kali – Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali
sehari
§ Nabi seorang yang berpsikologi dalam memberi nasihat.
Nabi memilih waktu yang sesuai untuk menasihati sahabat supaya
mereka tidak bosan (atau tersinggung) – bukhari
§ Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap
selepas solat asar pada hari jumaat, insyaALLAH akan dihapuskan dosa-dosa kecil
seseorang.
§ Menutup mulut dan rendahkan suara tika bersin. Hadith: Apabila
Nabi bersin, beliau letakkan tangan atau pakaiannya dimulut (kerana dibimbangi
terpercik) – Abu Dawud
§ Jiwa yang gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah
berselawat sekerap yang mungkin kerana ALLAH itu Maha Luas RahmatNya
Sabda Nabi SAW: Barangsiapa
yang berselawat kepadakusebanyak 100 kali pada hari jumaat, maka ia akan datang
pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya – Abu Naim
§ Nabi tidak pernah menolak hadiah. Hadith: nabi selalu terima
hadiah & amat menghargainya – Bukhari
§ Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, ALLAH
akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya
§ Selalu memilih yang lebih mudah. Hadith: Mudahkan sesuatu &
jangan kamu sukarkannya – Muttafaq Alaih
§ Berdiri apabila melihat iringan jenazah.
§ Hadith: Apabila kamu sekalian melihat jenazah( yang diusung), maka
berdirilah (sbg tanda penghormatan) – Muttafaq Alaih
§ Ulamak berpendapat, sesiapa yang amalkan selawat saban hari tak
kira berapa hitungannya, InsyaALLAH dihindarkan daripada taun & wabak
penyakit berbahaya yang lain
§ Bersujud syukur jika dapat khabar gembira. Nabi sering
melakukannya ketika beroleh khabar yang menyenangkan sebagai tanda syukur hamba
terhadap ALLAH – Abu Dawud
§ Membaca selawat 1000 kali selepas Solat Hajat dua rakaat mampu
meenghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan ALLAH akan hajatnya
§ Beri salam hingga tiga kali sahaja.Bahawasanya baginda memberi
salam sebanyak 3 kali, apabila salamnya tak berjawab, beliau beredar.
§ Menurut para ulamak, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam
kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat
Maghrib
§ Melakukan /membantu isteri pekerjaan di rumah. Hadith: Bantuan terhadap
isterimu itu adalah sedekah-Ad-Dailami
Para ulamak berpendapat,
ALLAH sempurnakan hajat yang baik dengan senantiasa berselawat 40 hingga 100
kali setiap hari, di ikuti dengan usaha yang berterusan.