Assalamualaikum Wahai Penciptaku
Kau yang Maha Besar, Kau yang Maha Pengampun dan Lagi Maha Penyayang
Tinta Kasih tecoret daripada hati hambaMu yang sangat lemah
Allahuakbar…Allahuakbar…Lailahaillallah….
Selama
ini aku mencari-cari di mana matahari untukku…yang aku terima hanyalah hujan
dan petir…. Tapi aku percaya, satu masa nanti bukan sahaja matahari yang Kau
akan berikan tapi juga Pelangi yang sangat aku dambakan…dan kerana itu aku
masih terus menunggu nikmat keindahannya biarpun aku selalu melihatnya setiap
kali selepas hujan…
Ya
Allah…Aku percaya Kau selalu ada denganKu dan tidak pernah jauh sedikitpun...
Sesungguhnya
terasa diri ini semakin tidak berdaya untuk melangkah lagi…
DugaanMu
bertamu lagi untuk diriku…aku sangat memerlukanMu untuk membimbingku…
Tiada daya
dan upaya pada kudrat ini selain mengharapkan kekuatan dariMu Ya Allah.
Aku masih
mendambakan Cinta sejatiMU…berilah kesempatan aku merasainya dalam Redha dan
KasihMu…
Aku
perlu mencari semula kekuatan dulu…
Kekuatan
yang pernah Kau berikan saat aku hampir tewas dengan cubaanMu…
Aku
akur dengan semua takdirmu…aku Redha…pasrahh…menitis air mata darah sekalipun
tidak mungkin aku mampu menjadi diriku yang dahulu….dan kerana itu aku amat
memerlukanMu... aku tidak kuat bersendirian…walaupun zahir telah terlihat
tawaku, namun kesedihan jiwaku hanya pada KAU aku mengharapkan sesuatu…
Tidak mungkin
aku akan menyesali semua yang terjadi kerana aku percaya dan sangat yakin atas
kekuasaanMu menyediakan sesuatu yang terbaik disebalik semua ini…aku rela dan
sanggup demi semua insan yang aku sayang….teruslah memberikan mereka…ibu dan
ayah…adik2ku…bakal imamku dan bakal anak-anakku….dan insan-insan yang tersayang
dalam hidupku…kegembiraan dan kesihatan yang berpanjangan kerana ianya sudah
cukup membuatkan aku tersenyum dalam kebahagiaan…pasti semua ini akan menjadi
detik-detik yang paling berharga dalam hidupku…
Ya
Allah…dugaanMu yang sering datang dan pergi berulang kali sememangnya telah
membuatkan aku terasa semakin dekat denganMu…hati ini selalu kuat berdetik bahawa
hanya Cinta MU yang aku dambakan saat ini dalam menghadapi liku-liku hidup sehingga
aku bertemu denganMu jua nanti Ya Allah… terasa masa yang ada semakin singkat
untukku…Kau bantulah aku untuk mengisi setiap masaku dengan sesuatu yang
bermakna dan akan menjadi bekalanku untuk bertemu denganMu nanti…cepat atau
lambat, masa itu pasti akan tiba untukku…
Ya
Allah…tersangatlah tinggi pengharapan dan doaku pohon dariMu agar memberikan
aku sedikit lagi kesempatan dan peluang untuk aku mencapai apa yang aku impikan…sekurang-kurangnya
aku dapat membalas walaupun sedikit jasa dan pengorbanan kedua orang tuaku…impianku
untuk menjadi isteri yang solehah dan taat kepada Imamku....peluang untuk aku
menyusukan sendiri zuriat yang bakal lahir dari rahimku…peluang mencipta seberapa
banyak kejayaan untuk menjadi pendorong kepada insan-insan di sekelilingku…dan
peluang aku membuat kebajikan dan kebaikan kepada mereka yang amat memerlukan….hanya
itulah aku memohon dariMu…dan pimpinlah aku untuk mengecapi semua itu….
Demi
meraih CintaMu…
Aku
belajar untuk SABAR menerima dugaanMu…
Aku belajar
untuk REDHA dengan segala ketentuan dan takdirMu untukku…
Aku belajar
untuk KUAT menghadapi ujianMu dan rintangan hidup penuh berliku…
Aku belajar
untk TEANAG tatkala hati menjadi tidak tenteram memikirkan apa
yang
telah berlaku…
Dan akhirnya
aku akan MENANGIS jua mengenangkan setiap dosa-dosa lalu..meluahkan segalanya
yang telah terlalu lama terbuku…dan aku serahkannnya hanya untukMU…aku tahu,
Kau punya rancangan untuk menjadikanku manusia yang lebih baik untuk terus
beribadat kepadaMu….
Demi
cinta Allah yang aku kejar, kuatkanlah hatiku untuk bertahan, berikan aku
kecerdasan untuk sentiasa berfikir tentang kekuasaanmu, hulurkan pertolonganmu
disaat2 aku hampir tewas, sinarkan nur hidayahmu untuk aku terus di jalanmu, Ya
Allah, aku memohon keampunan darimu…keampunan daripada seorang
hamba yang sangat hina di sisiMu...
Semalam
aku kelukaan,
Kecewa
kehampaan,
Mencalar
ketabahan,
Mimpi yang
sering kuharapkan menjadi kenyataan,
Namun masih
belum kesampaian….
Ya Allah..
Seperti
inginku hentikan langkah ini,
Bagaikan
tidak mampu lagi untuk bertahan,
Semangat
tenggelam,
Lemah
daya dan kekuatan,
Haruskah
aku mengalah,
Jiwaku
berbisik,
Inilah
dugaan….
Dan langkahku
kini terbuka,
Pada hikmah
dugaan rahsiaMu
Menguji
keimananku
Takkan
dirimu melontarkan ujian
diluar
kekuatanku….
Ya
Allah..
Pimpinlah
diriku,
Untuk bangkit
semula,
Meneruskan
langkahan padu,
Perjuangan
yang masih panjang,
Cekalkan
hati dan semangatku,
Kurniakan
ketabahan,
Agar mimpi
menjadi nyata,
padaMu
aku meminta,
wahai
Tuhan yang satu,
segalanya
DIRIMU…