Assalamualaikum, salam manis, salam ukhwah penuh kerahmatan....
Seuntai kata untuk diucapkan,..
Secebis rindu untuk dirasakan...
Sebaris cinta untuk diluahkan....
Secalit kisah untuk
dikongsikan...
Alhamdulillah Allah masih lagi
memberikan nafas yang sangat bermakna kepadaku untuk berkongsi apakah
sebenarnya yang aku rasakan dan aku lalui sejak akhir-akhir ini...penuh kesedihan, penuh kepiluan, penuh drama
yang tidak tertahan tetapi aku yakin pasti punyai sejuta rahmat yang tidak
terbandingkan…..
Meniti kehidupan harian seperti
biasa…memanglah satu putaran hidup yang tidak akan ada akhirnya melainkan pada
masa yang ditentukan kelak…aku juga begitu..meneruskan apa yang telah aku
mulakan dan pastinya akan aku akhiri dengan sesuatu yang membanggakan…walau
bagaimanapun, tidak semua langkah yang disusun itu mampu ditempuhi dengan
sejuta kejayaan…pasti ada sekelumit kesukaran yang datang menghambat kelancaran
perjalanan….
Aku….manusia…hamba Allah yang Esa
dan sentiasa takut akan diriNYa…pengalaman lepas telah banyak membantu aku
menghadapi hari-hari mendatang…kadangkala situasi menjadikan aku seorang yang
periang dan kadangkala kesuraman menyelubungi diriku…6 tahun dahulu aku telah
disahkan mengidap batu karang di saluran buah pinggang dan sehingga kini aku
masih menjalani rawatan susulan dan mengambil ubat-ubatan yang berkenaan
sebagai persediaan menghadapi sebarang kemungkinan…2 tahun lepas pula doctor
telah dapat mengesan kehadiran batu karang pada buah pinggang kananku dalam
kuantiti yang agak membimbangkan…dan susulan itu pengambilan ubat semakin
ditingkatkan…ada sedikit kebimbangan juga bersarang dalam benakku….namun, hanya
itu yang aku mampu lakukan selain hendak mengelakkan daripada melalui
pembedahan… Alhamdulillah, lama-kelamaan keadaan buah pinggangku semakin
membaik namun masih perlu terus berjaga-jaga….
Tarikh 24 Januari 2013, aku pergi
semula ke klinik untuk membuat check up berkaitan keadaan buah
pinggangku..Alhamdulillah kedua-duanya dalam keadaan baik…sudah tiada batu atau
hablur pasir yang dikesan melalui scan...aku menarik nafas lega dan tersenyum…namun,
tiba-tiba doctor mengarahkan aku untuk melihat pada skrin...wajah doctor penuh
dengan seribu pertanyaan…apakah yang cuba ditunjukkan kepadaku…akhirnya
mulutnya bersuara…dia mengesan ada ketumbuhan yang dipanggil polips pada pundi
hempeduku….berderau darahku mendengarnya...terpalit seribu tanda Tanya apakah
keadaan ini merbahaya, bagaimana ia boleh terjadi, apa yang perlu dilakukan dan
macam-macam lagi…kerisauan sekali lagi menyelubungi diriku…di saat-saat akhir
sebelum majlis pertunanganku yang berlangsung sehari selepas itu…
Penjelasan doctor sedikit
merisaukan diriku…aku perlu menjalani check up sekerap mungkin untuk melihat
kadar tumbesaran polips tersebut…mengikut penjelasan doctor dan pembacaanku
dari sumber-sumber yang berlainan, polips sekiranya melebihi kadar 1cm boleh
membahayakan sehingga mengakibatkan kanser…bagai tersentap hatiku mengingatkan
perkara itu…oleh kerana kebimbangan yang berpanjangan, selesai majlis
pertunanganku aku mengambil keputusan untuk membuat pemeriksaan di hospital
pakar…
Pada permulaannya, aku menjalani
scan keseluruhan untuk melihat keadaan pundi hempedu dan organ-organ lain…ketumbuhan
polips itu kelihatan sudah mengeras dan sepatutnya aku merasa sakit dengan
keadaan ini, namun aku menjelaskan kepada doctor bahawa aku jarang mengalami
masalah atau kesakitan pada kawasan itu…dia mencadangkan aku untuk membuat
pembedahan untuk membuang keseluruhan pundi hempedu supaya polips tidak terus
membesar...ketumbuhan yang dikesan adalah bersaiz 0.6cm…
Seterusnya aku dirujuk kepada
pakar bedah…melihat wajahku yang tegang dan penuh kerisauan, beliau menerangkan
semula kepadaku tentang situasi tersebut dan meminta aku supaya jangan terlalu
bimbang…masih ada masa dan penyelesaian sebelum apa-apa terjadi…aku cuba
menenangkan diri mendengar setiap bait perkataan yang keluar dari mulut doctor itu…mengikut
rekod, ketumbuhan polips itu telah awal dikesan pada tahun 2007 pada saiz 0.4cm
dan kini membesar sebanyak 0.2cm kepada 0.6cm… pertumbuhannya lambat…doctor pakar
bedah tidak mengesyorkan lagi untuk aku menjalani pembedahan tetapi tetap terus
menjalani pemeriksaan berkala untuk melihat tumbesaran polips tersebut…
Berulang kali beliau mengingatkanku supaya tidak terlalu risau... beliau
memintaku menjaga pemakanan terutamanya mengelakkan makanan yang merangsang pertumbuhan
polips tersebut…aku menghela sedikit nafas lega…pulang meneruskan kehidupan
harian seperti biasa walaupun penuh kebimbangan dan kerisauan di dalam jiwa…inilah
perkara yang sangat menghantui diriku…dalam masa aku berjaga-jaga untuk sakit batu karang, kini aku perlu beringat-ingat dengan ketumbuhan polips hempedu pula....
Bagaikan mimpi ngeri berulang untuk
sekian kali…tetapi aku yakin padaNya yang menurunkan semua ujian ini untukku…aku
berharap aku akan terus kuat menghadapi segala kesukaran berbekalkan doa dan
semangat dari insan-insan yang aku sayang….Terima Kasih Untuk Segalanya…Aku
bersyukur padaMU jua Ya Allah…
no more tears...
no more cry...
just build a new smile for a better life...